Sekalung tahniah diucapkan kepada ANULAE cawangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) atas penerimaan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) sebanyak RM10,000 daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).
Penyerahan Geran PHESK Tahun 2026 Peringkat Semenanjung Malaysia ini telah berlangsung di The Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, melibatkan penyertaan pelbagai kesatuan sekerja dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Penerimaan geran ini merupakan satu pengiktirafan dan sokongan penting daripada pihak kerajaan dalam membantu Kesatuan ini memperkukuhkan keupayaan organisasi, meningkatkan kemudahan operasi kesatuan serta memperkasa pengetahuan dan kemahiran ahli melalui program latihan yang dirancang.
Hadir mewakili ANULAE Cawangan MPS ialah Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS dan Encik Syed Mohamad Nor Putera bin Said Abdul Talib, Setiausaha ANULAE Cawangan MPS.