Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PROGRAM TOWNHALL KOMUNITI BERSAMA AGENSI KERAJAAN

PROGRAM TOWNHALL KOMUNITI BERSAMA AGENSI KERAJAAN

Pihak Majlis Perbandaran Selayang melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menghadiri Jemputan Program Townhall Komuniti Bersama Agensi Kerajaan di Pangsapuri Laguna Biru, Kundang pada 20hb Jun 2026.

Atas inisiatif Perbadanan Pengurusan, Persatuan Penduduk dan Persatuan Surau Laguna Biru telah mewujudkan “smart partnership” bagi mengadakan sesi dialog bersama agensi kerajaan yang terdiri daripada Majlis Perbandaran Selayang (COB dan Unit Parking Jab Penguatkuasa), KEDB, IPD Sungai Buloh, Lembaga Zakat, Jabatan Bomba, Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Klinik Kesihatan dengan dihadiri oleh Wakil Parlimen Selayang.

COB turut menyertai pameran bersama agensi kerajaan yang lain dengan mengedarkan risalah berkaitan pengurusan strata kepada pemilik petak. Sesi penerangan turut diberikan mengenai peranan COB sebagai pihak perantara serta penyedia khidmat nasihat kepada Perbadanan Pengurusan bagi memastikan pengurusan dilaksanakan mengikut keperluan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Penerangan tersebut merangkumi tindakan berkaitan parkir kenderaan serta pengurusan longgokan kenderaan terbiar atau usang di kawasan penyelenggaraan strata mengikut tatacara yang diperuntukkan di bawah Akta 757, selaras dengan bidang kuasa Unit Penguatkuasaan Parkir MPS yang melibatkan kawasan awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Selayang.

Ianya adalah salah satu inisiatif COB untuk turut serta sebagai sesi libat urus bagi memberi penerangan berterusan kepada komuniti strata serta memberi sokongan kepada pihak Badan Pengurusan yang telah melaksanakan tanggungjawab pemilik petak.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Sr Rosmaliza binti Osman, Timbalan Pengarah COB bersama kakitangan COB serta wakil Jabatan Penguatkuasa MPS.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama