Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

LAWATAN CONSTRUCTION RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (CREAM) KE MPS

LAWATAN CONSTRUCTION RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (CREAM) KE MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Kejuruteraan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui Construction Research Institute Malaysia (CREAM) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CREAM, Tuan Ts. Syed Hazni Abd. Gani. 

Sesi libat urus ini menjadi platform komunikasi dua hala bagi memperkukuh hubungan serta merapatkan kerjasama antara pihak MPS dan CREAM.

Antara intipati sesi libat urus ini adalah untuk menjadikan MPS sebagai projek rintis pelaksanaan Garis Panduan dan Standard Industri Pembinaan CIDB (CIS 32:2004). Inisiatif ini sekali gus membantu MPS menambah baik penyampaian perkhidmatan serta melaksanakan tindakan susulan yang lebih efektif dalam memproses permohonan pembangunan yang melibatkan kawasan sensitif dan berisiko terhadap hakisan cerun dan tanah runtuh. 

Delegasi CREAM telah disantuni oleh YBrs. Ir. Haji Shaiful Nor Aidil bin Mohd Jaya, Pengarah Kejuruteraan MPS. Turut hadir, Ketua-Ketua Bahagian Jabatan Kejuruteraan MPS dan pegawai-pegawai Unit Cerun Bahagian Kawalan Pembangunan, Jabatan Kejuruteraan. 

Kunjungan hormat dan sesi libat urus yang berlangsung ini mencerminkan komitmen berterusan MPS dalam memperkukuh hubungan kerjasama yang lebih erat dengan pihak CIDB dalam memastikan hala tuju projek pembangunan serta penyelenggaraan yang lebih efektif, selamat dan mampan. 

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

#creamcidb