Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JUN & PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA MPS 2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JUN & PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA MPS  2026

Majlis Perhimpunan Bulan Jun dan Program Gotong-Royong Perdana EKSA Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai usaha memperkukuh budaya kerja cemerlang serta membudayakan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam kalangan warga kerja MPS.

YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dalam ucapannya menyeru seluruh warga kerja agar terus mengamalkan budaya kebersihan, kekemasan dan keceriaan di tempat kerja bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, sistematik dan berkualiti serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Majlis turut menyaksikan penyampaian 54 Anugerah Reward Yang Dipertua bagi Kategori Peningkatan Imej dan Kategori Pengurangan Kos. Hadiah turut disampaikan kepada para pemenang Program EKSA MPS Tahun 2026 sebagai penghargaan terhadap kreativiti, inovasi dan penglibatan aktif dalam pelaksanaan EKSA.

Penghargaan turut diberikan kepada Pasukan Golf MPS atas pencapaian cemerlang sempena Mesyuarat Agung Tahunan MALA Ke-25, khususnya Encik Mohd Hafiz bin Ja’afar yang berjaya merangkul gelaran Johan Kategori Terbuka.

Selesai majlis, Tuan Yang Dipertua MPS diiringi Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli-Ahli Majlis serta Pengarah-Pengarah Jabatan telah mengadakan lawatan ke reruai Hab Inovasi di Lobi Bangunan Lama sebelum meneruskan lawatan penilaian pematuhan amalan EKSA di zon-zon terpilih.

Penganjuran program ini menjadi platform dalam memperkukuh pelaksanaan amalan EKSA sebagai budaya kerja organisasi ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, meningkatkan produktiviti serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama