Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS PENGIKTIRAFAN REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB) TAHUN 2025

MAJLIS PENGIKTIRAFAN REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB) TAHUN 2025

YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah hadir ke Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2025 yang diadakan bertempat di Dewan Putra, Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Objektif pelaksanaan majlis ini adalah mengiktiraf kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang cemerlang dalam melaksanakan inisiatif reformasi ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, inovatif dan berimpak tinggi. 

Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dato' Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Malaysia; YB Dato' Dr. dan Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Hadir mewakili MPS adalah Tuan TPr. Affendei bin Samingan, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPS dan Puan Rohimah Nur binti Mohd Sharifuddin, Ketua Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan MPS.

Pada majlis tersebut, Tuan YDP MPS telah menerima Sijil Penghargaan Projek Berpotensi Tinggi Negeri Selangor bagi dua inisiatif yang berjaya dilaksanakan menerusi Reformasi Kerenah Birokrasi, iaitu meningkatkan kecekapan pengurusan hasil MPS daripada tempoh 35 minit kepada serta-merta dan mempercepatkan proses kelulusan Pelan Pemajuan (SPID) daripada 100 hari kepada hanya 14 hari.

Reformasi Kerenah Birokrasi merupakan antara inisiatif utama kerajaan yang bertujuan mempercepat penyampaian perkhidmatan awam, memudah cara urusan rakyat dan komuniti perniagaan serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih responsif, berkesan dan berorientasikan rakyat. 

Penghargaan yang disampaikan pada majlis ini turut mengiktiraf usaha agensi-agensi kerajaan dalam menghasilkan pembaharuan yang memberi impak kepada kualiti penyampaian perkhidmatan.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama