Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH TRAIL DES GOMBAK (TDG) 2026

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH TRAIL DES GOMBAK (TDG) 2026

Buat julung kalinya, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjadi tuan rumah kepada penganjuran Trail Des Gombak (TDG) 2026 yang dianjurkan oleh Hijo Running Club dengan kerjasama MPS. Acara ini berjaya menarik penyertaan seramai 1,100 peserta dari 25 buah negara melalui empat kategori larian iaitu 100 kilometer, 50 kilometer, 30 kilometer dan 15 kilometer.

Peserta telah memulakan larian dari Stadium MPS sebelum merentasi laluan mencabar yang melibatkan kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong, Taman Eko Rimba Komanwel, Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Rimba Templer.

Majlis Penutup dan Penyampaian TDG 2026 telah diadakan di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang bagi menandakan berakhirnya penganjuran acara larian denai bertaraf antarabangsa yang berlangsung dari 19 hingga 21 Jun 2026.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Puan Anfaal binti Saari, Ahli Dewan Negeri Taman Templer. Turut hadir ialah Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak; YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; YBrs. Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan MPS; Puan Norfadhilah binti Tan, Penolong Pegawai Daerah Gombak serta Ahli Majlis MPS.

Penganjuran TDG 2026 bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat dan aktiviti rekreasi berasaskan alam semula jadi, malah turut memperkukuhkan kedudukan Selayang sebagai destinasi pelancongan sukan dan rekreasi di peringkat antarabangsa.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

#TrailDesGombak2026