Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2026

OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN PENIAGA THAIPUSAM 2026

OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN PENIAGA THAIPUSAM 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pematuhan Peniaga sempena sambutan Thaipusam 2026 di sekitar Kuil Batu Caves bagi memastikan pematuhan terhadap aspek pelesenan, kebersihan, keselamatan serta perundangan sentiasa dipatuhi oleh para peniaga.

Operasi ini melibatkan kerjasama Jabatan Pelesenan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak dan Pejabat KPDN Cawangan Gombak bagi memastikan pelaksanaan operasi berjalan lancar dan berkesan.

Jabatan Pelesenan telah memeriksa 37 premis perniagaan dengan pengeluaran tiga (3) Notis Pematuhan Syarat Lesen dan Permit Perniagaan. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan pula telah mengeluarkan tiga (3) Notis Kacau Ganggu melibatkan ketidakpatuhan kebersihan dan pengendalian makanan.

Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap beberapa kesalahan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, menjaja tanpa lesen, gagal mempamerkan lesen, kesalahan iklan serta ketidakpatuhan penggunaan bahasa kebangsaan.

Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak dan Pejabat KPDN Cawangan Gombak, Selangor turut menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan melibatkan aspek kebersihan premis makanan serta pemantauan alat timbang dan sukat, dengan pengeluaran notis dan kompaun mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

MPS akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan urusan perniagaan berjalan secara teratur serta mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang Thaipusam berlangsung demi keselamatan dan kesejahteraan orang awam.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

MPS TERIMA LAWATAN AUDIT PROGRAM TPPM SELANGOR

MPS TERIMA LAWATAN AUDIT PROGRAM TPPM SELANGOR

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kehadiran Audit Dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan Pengauditan Program Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) bermula 19 hingga 26 Januari 2026 yang diketuai oleh En. Mohammad Firdaus bin Omar; Ketua Auditor bersama lima anggota lain.

Pengauditan melibatkan 22 projek TPPM bagi tahun 2023 hingga 2025, termasuk semakan menyeluruh terhadap kelulusan projek, fail perolehan pelantikan kontraktor serta minit mesyuarat berkaitan pemantauan program.

Selain itu, pasukan audit turut melakukan lawatan tapak ke beberapa pengurusan strata swasta yang menerima bantuan TPPM, bagi menilai status sebenar kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan.

Semakan lain merangkumi dokumen kewangan seperti peruntukan, bayaran, laporan EFT, laporan kemajuan projek, senarai jawatankuasa serta dokumen teknikal seperti Inden, SST, CPC, DLP, EOT dan CMGD.

Audit ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek TPPM di Selangor mematuhi garis panduan, ketelusan perolehan serta keberkesanan penyelenggaraan bagi meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan kediaman strata.

#malaysiamadani

#selayangkusayang

#kitaselangor

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 YAB DATO MB SELANGOR SECARA DALAM TALIAN

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 YAB DATO MB SELANGOR SECARA DALAM TALIAN

Sedang berlangsung secara atas talian siaran Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 YAB Dato Menteri Besar Selangor di Dewan Keraian, Menara MPS diketuai oleh Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama pengarah-pengarah jabatan dan kakitangan MPS.

#KitaSelangor

#malaysiamadani

#selayangkusayang

#kitaselangormajubersama

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 OLEH DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 OLEH DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hadir bersama Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS serta pengarah jabatan, ahli majlis dan pegawai MPS. Turut hadir pada majlis amanat ini ialah YB Tuan Lau Weng San, Speaker Dewan Negeri Selangor; YB Tuan Mohd Najwan Bin Halimi; EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan, YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Dato’ Salim bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang-undang Negeri; serta YB Dato’ Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri.

Dalam amanatnya, YAB Dato’ Menteri Besar menegaskan bahawa memasuki tahun 2026, seluruh jentera pentadbiran negeri tidak boleh lagi beroperasi dengan budaya business as usual. Beliau menekankan fokus kerajaan negeri yang jelas iaitu meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat serta memastikan setiap urusan dipermudah dan dipercepatkan selaras dengan keperluan semasa.

YAB Dato’ Menteri Besar turut mengingatkan penjawat awam agar mengamalkan nilai rendah diri dan integriti melalui prinsip “resmi padi, semakin berisi semakin tunduk”. Beliau menegaskan bahawa hasil kerja harus menjadi keutamaan “let our work do the talking” serta menyeru supaya amanah dilaksanakan dengan sifat tulus, ikhlas dan jujur, “without fear or favour”, demi kepentingan rakyat dan negeri Selangor yang tercinta.

Pada majlis tersebut, YAB Dato’ Menteri Besar turut melancarkan Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2026–2030, Sistem Aplikasi KitaSelangor Penyayang (AKSES), serta Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) 2025.

Majlis turut disertai penyerahan insentif penghargaan kepada jabatan dan pejabat pemungut hasil atas pencapaian kutipan hasil tahun 2025.

#kitaselangormajubersama

#selayangkusayang

#malaysiamadani

MPS ANJUR SESI DIALOG PEMATUHAN KILANG TANPA KEBENARAN

MPS ANJUR SESI DIALOG PEMATUHAN KILANG TANPA KEBENARAN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan sesi dialog bersama pengusaha kilang dan pemilik tanah dalam zon perindustrian bagi menerangkan pelaksanaan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Sifar (KIKS) 2026.

Program yang berlangsung di Lobi Menara MPS itu menghimpunkan pemilik tanah, pengusaha kilang dan perunding perancang bandar berdaftar.

Pada sesi dialog ini, penerangan telah diberikan berkenaan proses pemutihan kilang yang beroperasi tanpa kelulusan selain memaklumkan insentif terkini serta tindakan penguatkuasaan yang boleh dikenakan ke atas kilang yang beroperasi tanpa sebarang kelulusan daripada pihak MPS.

Peserta turut berpeluang mendapatkan maklumat lanjut di kaunter pertanyaan melibatkan Jabatan Pusat Setempat, Jabatan Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Pelesenan, Jabatan Perancang Bandar serta Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

MPS berharap sesi dialog ini membantu mempercepatkan proses permohonan Kebenaran Merancang bagi memastikan kilang-kilang dalam kawasan pentadbiran MPS mendapat kelulusan yang sah dan mematuhi peraturan.

#malaysiamadani

#kitaselangor

#selayangkusayang

#kitaselangorktksifar

TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN TAHUN 2026 ANJURAN (JKKP) MPS

TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN TAHUN 2026 ANJURAN (JKKP) MPS

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Taklimat Pencegahan Kebakaran bertempat di Bilik Keraian, Tingkat 8, Menara MPS. 

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh tahap kesedaran serta pengetahuan warga kerja MPS berkaitan aspek keselamatan kebakaran, peranan Floor Warden, pasukan ERT, serta prosedur dan tindakan awal yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan kebakaran di tempat kerja.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Faisal bin Badiuzaman, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) merangkap Ketua Wakil Pekerja, Jawatankuasa Kecil Pelan Tindakan Kecemasan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MPS. 

Taklimat pencegahan kebakaran ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Encik Hardianto Aedy Rahman daripada NGO Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL), yang berkongsi ilmu serta panduan praktikal berkaitan langkah-langkah pencegahan kebakaran, penggunaan peralatan keselamatan serta pengurusan kecemasan secara berkesan.

Penganjuran kursus ini diiharapkan dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga kerja MPS, seterusnya menyokong usaha mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sistematik dan berdaya tahan selaras dengan keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MPS JANUARI 2026

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MPS JANUARI 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 23 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di Lobi Menara MPS. Program ini dipengerusikan oleh Tuan Az’har bin samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, dengan penglibatan 14 jabatan dalaman serta satu agensi luar, Platform Selangor (PLATS).

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan MPS dalam memperkukuh komunikasi bersama penduduk. Ia memberi peluang kepada orang awam untuk menyuarakan pertanyaan dan aduan secara langsung kepada pegawai jabatan berkaitan, termasuk mendapatkan penjelasan terus mengenai isu-isu perbandaran.

Sebanyak 90 aduan dan pertanyaan telah diterima sepanjang program berlangsung. Antara Isu yang dikemukakan termasuk isu berkaitan kompaun, aduan kejiranan, isu tapak penjaja thaipusam, isu berkaitan infrastruktur serta pertanyaan mengenai proses kebenaran merancang.

Program ini telah berjalan lancar dan mencapai matlamatnya sebagai saluran perkhidmatan bersemuka yang lebih telus dan mesra rakyat.

Orang awam yang tidak berkesempatan hadir boleh menyalurkan aduan atau cadangan secara dalam talian melalui portal SPAB di 

https://mps.spab.gov.my atau menerusi platform media sosial rasmi MPS.

#SelayangKuSayang

#MalaysiaMadani

#KitaSelangorMajuBersama

MPS LAKSANA SISTEM BIDAAN TAPAK THAIPUSAM 2026 SECARA DIGITAL

MPS LAKSANA SISTEM BIDAAN TAPAK THAIPUSAM 2026 SECARA DIGITAL

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah memperkenalkan Sistem Bidaan Tapak Perniagaan Perayaan Thaipusam 2026 secara dalam talian, sekali gus membuka lembaran baharu dalam pelaksanaan proses bidaan dengan pendekatan digital yang lebih moden dan efisien berbanding kaedah jualan serta undian fizikal sebelum ini.

Pelaksanaan pertama ini mencatatkan sambutan tinggi dengan ratusan peniaga mengambil bahagian serta jumlah transaksi yang signifikan, menjadikan semua lot berjaya dibida.

Pelaksanaan sistem digital ini berjalan lancar dan teratur, sekali gus meningkatkan ketelusan pengurusan, kecekapan operasi serta memperkukuh komitmen MPS terhadap agenda transformasi digital dan Smart City.

MPS berharap inisiatif ini dapat terus diperkasakan pada penganjuran perayaan akan datang, seterusnya menjadi model pengurusan moden dalam penyediaan tapak perniagaan secara lebih sistematik dan telus.

#malaysiamadani

#kitaselangor

#selayangkusayang

MAJLIS MERAIKAN PESARA MPS TAHUN 2023–2025

MAJLIS MERAIKAN PESARA MPS TAHUN 2023–2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui kerjasama ANULAE Cawangan MPS telah menganjurkan Majlis Meraikan Pesara Majlis Perbandaran Selayang Tahun 2023–2025 bertujuan untuk menghargai jasa, sumbangan serta khidmat bakti para pesara yang telah menamatkan perkhidmatan bersama MPS.

Majlis yang berlangsung di Menara MPS ini telah dihadiri oleh YBrs Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Ruzani binti Sohot; Pengerusi ANULAE Cawangan MPS serta YBhg Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle; Presiden KSDK MPS. Turut hadir ialah Tuan Ts. Hairudin bin Daud; Penolong Setiausaha MPS, Pengerusi MBJ MPS (Pihak Pekerja), wakil AKRAB MPS serta para pengarah jabatan.

Seramai 25 orang pesara telah diraikan dalam majlis ini. Penyampaian cenderahati kepada para pesara telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS sebagai simbol penghargaan dan tanda terima kasih atas dedikasi serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Majlis ini turut menjadi wadah untuk memperkukuh silaturahim serta mengenang jasa para pesara yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan MPS.

#selayangkusayang
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

PERSIAPAN SUKMA XXII SELANGOR 2026

PERSIAPAN SUKMA XXII SELANGOR 2026

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Tuan Haji Az’har bin Samsuri telah mengadakan lawatan turun padang ke Stadium MPS bersama Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle, Ketua Bahagian Kemudahan Awam, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS bagi meninjau keadaan semasa fasiliti serta meneliti keperluan kerja-kerja penambahbaikan menjelang penganjuran SUKMA XXII 2026.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembaikan komponen stadium termasuk laluan, kawasan parkir tambahan, menaiktaraf tandas, lobi, ruang masuk stadium dan pembaikan gerai di bahagian belakang stadium untuk kemudahan pengunjung.

Selain itu penyelenggaraan padang melibatkan proses dethatching, hollow-tine dan topdressing turut diteliti bagi memastikan kualiti permukaan padang berada pada tahap optimum.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memastikan segala persiapan dilaksanakan dengan rapi serta koordinasi yang berkesan di kawasan Stadium MPS, di samping memastikan kesiapsiagaan sepenuhnya sebagai salah satu venue utama SUKMA XXII Selangor 2026.