Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MPS ANJUR SESI DIALOG PEMATUHAN KILANG TANPA KEBENARAN

MPS ANJUR SESI DIALOG PEMATUHAN KILANG TANPA KEBENARAN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan sesi dialog bersama pengusaha kilang dan pemilik tanah dalam zon perindustrian bagi menerangkan pelaksanaan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Sifar (KIKS) 2026.

Program yang berlangsung di Lobi Menara MPS itu menghimpunkan pemilik tanah, pengusaha kilang dan perunding perancang bandar berdaftar.

Pada sesi dialog ini, penerangan telah diberikan berkenaan proses pemutihan kilang yang beroperasi tanpa kelulusan selain memaklumkan insentif terkini serta tindakan penguatkuasaan yang boleh dikenakan ke atas kilang yang beroperasi tanpa sebarang kelulusan daripada pihak MPS.

Peserta turut berpeluang mendapatkan maklumat lanjut di kaunter pertanyaan melibatkan Jabatan Pusat Setempat, Jabatan Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Pelesenan, Jabatan Perancang Bandar serta Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

MPS berharap sesi dialog ini membantu mempercepatkan proses permohonan Kebenaran Merancang bagi memastikan kilang-kilang dalam kawasan pentadbiran MPS mendapat kelulusan yang sah dan mematuhi peraturan.

#malaysiamadani

#kitaselangor

#selayangkusayang

#kitaselangorktksifar