Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Tuan Haji Az’har bin Samsuri telah mengadakan lawatan turun padang ke Stadium MPS bersama Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle, Ketua Bahagian Kemudahan Awam, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS bagi meninjau keadaan semasa fasiliti serta meneliti keperluan kerja-kerja penambahbaikan menjelang penganjuran SUKMA XXII 2026.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembaikan komponen stadium termasuk laluan, kawasan parkir tambahan, menaiktaraf tandas, lobi, ruang masuk stadium dan pembaikan gerai di bahagian belakang stadium untuk kemudahan pengunjung.
Selain itu penyelenggaraan padang melibatkan proses dethatching, hollow-tine dan topdressing turut diteliti bagi memastikan kualiti permukaan padang berada pada tahap optimum.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memastikan segala persiapan dilaksanakan dengan rapi serta koordinasi yang berkesan di kawasan Stadium MPS, di samping memastikan kesiapsiagaan sepenuhnya sebagai salah satu venue utama SUKMA XXII Selangor 2026.