Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah memperkenalkan Sistem Bidaan Tapak Perniagaan Perayaan Thaipusam 2026 secara dalam talian, sekali gus membuka lembaran baharu dalam pelaksanaan proses bidaan dengan pendekatan digital yang lebih moden dan efisien berbanding kaedah jualan serta undian fizikal sebelum ini.
Pelaksanaan pertama ini mencatatkan sambutan tinggi dengan ratusan peniaga mengambil bahagian serta jumlah transaksi yang signifikan, menjadikan semua lot berjaya dibida.
Pelaksanaan sistem digital ini berjalan lancar dan teratur, sekali gus meningkatkan ketelusan pengurusan, kecekapan operasi serta memperkukuh komitmen MPS terhadap agenda transformasi digital dan Smart City.
MPS berharap inisiatif ini dapat terus diperkasakan pada penganjuran perayaan akan datang, seterusnya menjadi model pengurusan moden dalam penyediaan tapak perniagaan secara lebih sistematik dan telus.