Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2026

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menghadiri Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam Tahun 2026 Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

Majlis ini turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selaku pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab memastikan kelancaran dan keselamatan persekitaran sepanjang sambutan diadakan. Penganjuran majlis ini bertujuan meraikan penganut agama Hindu yang menyambut perayaan Thaipusam serta memberi ruang untuk beramah mesra bersama para pengunjung. Kehadiran puluhan ribu penganut Hindu yang memenuhi kawasan sekitar Batu Caves turut mencerminkan keharmonian dan perpaduan beragama yang terus kukuh dalam masyarakat Malaysia.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Papparaidu a/l Veraman, Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor; YB Dato’ Haji Rizam bin Haji Ismail, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna; YB Ganabatirau a/l Veraman, Ahli Parlimen Klang; YBrs. Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; serta Ahli Majlis MPS yang turut hadir memberi sokongan.

#kitaselangormajubersama

#malaysiamadani

#selayangkusayang

MPS PERKUKUH PERSIAPAN THAIPUSAM SEMPENA LAWATAN PM DAN MB SELANGOR

MPS PERKUKUH PERSIAPAN THAIPUSAM SEMPENA LAWATAN PM DAN MB SELANGOR

Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dalam lawatan rasmi ke Batu Caves bagi meninjau persiapan Sambutan Perayaan Thaipusam.

Lawatan dimulakan dengan Solat Jumaat bersama YAB Perdana Menteri di Masjid Ar-Rahimah, Batu Caves, sebelum delegasi meneruskan tinjauan ke Kuil Sri Subramaniar Swamy bagi melihat kemajuan persiapan menjelang perayaan.

Sepanjang tinjauan, MPS memainkan peranan utama dalam menyelaras kebersihan, keselamatan, pengurusan trafik dan logistik, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan ribuan pengunjung sepanjang sambutan Thaipusam.

#selayangkusayang�

#malaysiamadani�

#kitaselangormajubersama

CERAMAH AGAMA ISRAK MIKRAJ 2026M_1447H – HIJRAH NABIULLAH YANG AKU CINTAI

CERAMAH AGAMA ISRAK MIKRAJ 2026M_1447H – HIJRAH NABIULLAH YANG AKU CINTAI

Program Ceramah Israk Mikraj telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertempat di Lobi Menara MPS. Ceramah yang bertemakan “Hijrah Nabiullah Yang Aku Cintai” telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohamed Hanafiah Bin Abdul Malek. Program ini telah dihadiri kakitangan MPS.

Ceramah ini menekankan pengajaran daripada perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW, termasuk nilai keinsafan, kesabaran, dan ketabahan yang boleh dijadikan panduan dalam menghadapi cabaran kerja serta kehidupan. 

Turut hadir pada program ini Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS dan Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle; Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan MPS. 

Semoga ilmu dan pengajaran yang disampaikan dalam ceramah ini memberi manfaat serta kebaikan kepada semua warga MPS.

#selayangkusayang
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

ZIARAH KASIH MPS

ZIARAH KASIH MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meneruskan komitmen menjaga kebajikan warga kerja apabila Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS mengadakan program Ziarah Kasih.

Program ini memberi ruang kepada pihak pengurusan menziarahi kakitangan MPS yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, merangkumi keadaan seperti komplikasi akibat kemalangan, penyakit kronik serta kecederaan fizikal yang memerlukan rawatan berterusan.

Turut sama pada ziarah ini ialah Puan Su @ Noor Hafizah binti Mohamad Lasim; Timbalan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Tuan LAr. Mokhtar Affandi bin Abdul Ghani; Pengarah Jabatan Landskap merangkap Pengerusi Akrab, Tuan Ts. Azmi bin Wagiran; Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Encik Mohd Saiful Saffie bin Haji Yahaya, Naib Pengerusi ANULAE cawangan MPS dan Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle; Presiden Kelab Sukan Dan Kebajikan MPS.

Inisiatif ini sebagai usaha memperkukuh sokongan moral kepada warga kerja, selain memperlihatkan keprihatinan MPS terhadap kesejahteraan kakitangannya.

#malaysiamadani

#selayangkusayang

#kitaselangormajubersama

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JANUARI DAN AMANAT TAHUN BAHARU 2026 MPS

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JANUARI DAN AMANAT TAHUN BAHARU 2026 MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulan Januari dan Amanat Tahun Baharu 2026 yang berlangsung di Lobi Menara MPS. Majlis dimulakan dengan tayangan video sorotan momen perhimpunan bulanan MPS sepanjang tahun 2025 yang memaparkan pencapaian serta komitmen warga kerja MPS dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Dalam ucapan amanat Tahun Baharu 2026, YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS menzahirkan rasa bangga atas pencapaian yang telah diraih oleh MPS sepanjang tahun lalu serta menyeru seluruh warga MPS agar terus memperkukuhkan budaya kerja berintegriti, berprestasi tinggi dan berorientasikan perkhidmatan berkualiti.

Majlis diteruskan dengan sesi Lafaz Ikrar Bebas Rasuah serta sesi menandatangani dokumen ikrar bebas rasuah oleh Yang Dipertua MPS, diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS dan Tuan PPj Azuan bin Adzhar, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor, sebagai simbol komitmen berterusan MPS dalam memerangi rasuah dan mengamalkan tadbir urus yang telus.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Sahabat Integriti MPS, diikuti penyampaian sijil penghargaan bagi Penilaian Kepuasan Pelanggan SISPA-MPS Tahun 2025 serta penghargaan atas kejayaan MPS memperolehi pencapaian 5 Bintang Anugerah Pentadbiran Pejabat Cemerlang (APPC) 2025.

Majlis turut meraikan para pemenang melalui penyampaian hadiah Pertandingan Premis Makanan Bersih dan Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) Peringkat Zon 12 MPS Tahun 2025 sebagai galakan berterusan ke arah persekitaran yang bersih dan selesa.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Tuan Ts. Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS, barisan Ahli Majlis, pengarah-pengarah jabatan serta warga kerja Majlis Perbandaran Selayang.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

LAWATAN PENILAIAN TEKNIKAL DAN PROGRAM KOMUNIKASI, PENDIDIKAN DAN KESEDARAN DI PREMIS MAKANAN DI KAWASAN PBT TAHUN 2026

LAWATAN PENILAIAN TEKNIKAL DAN PROGRAM KOMUNIKASI, PENDIDIKAN DAN KESEDARAN DI PREMIS MAKANAN DI KAWASAN PBT TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima lawatan penilaian teknikal berhubung pelaksanaan Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (KPKA) berkaitan Garis Panduan Perangkap Minyak di premis makanan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026.

Lawatan ini melibatkan wakil daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) yang telah diberikan taklimat awal berkaitan Seri Selera Sungai Pusu oleh Ketua Unit Kawalan Mutu Makanan dan Sanitasi, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan (JPSPK), iaitu Puan Siti Aisyah binti Borhannordin. Program ini turut disertai oleh beberapa jabatan dan bahagian berkaitan termasuk Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan (JPSPK), Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan serta Bahagian Pengurusan Projek dan Fasiliti.

Seterusnya, sesi lawatan tapak dan pemeriksaan telah dijalankan di Seri Selera Sungai Pusu yang melibatkan peniaga-peniaga makanan di kawasan tersebut. Taklimat berkaitan garis panduan penggunaan perangkap minyak telah disampaikan oleh Cik Raihani, wakil daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Pemeriksaan tertumpu kepada aspek penggunaan perangkap minyak serta sistem komunal yang melibatkan enam (6) buah premis makanan.

Program ini diakhiri dengan majlis penutup yang telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan (JPSPK), Tuan Ts. Hairudin bin Daud. Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan tahap pematuhan dan kesedaran dalam kalangan peniaga makanan terhadap kepentingan penggunaan perangkap minyak demi menjaga kebersihan persekitaran serta kelestarian alam sekitar.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

SESI LIBAT URUS MPS BERSAMA PDTG TAHUN 2026

SESI LIBAT URUS MPS BERSAMA PDTG TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Selayang telah menganjurkan Sesi Libat Urus MPS bersama Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) Tahun 2026 bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre.

Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan turut disertai YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak; YBrs Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; pengarah-pengarah jabatan serta pegawai-pegawai MPS dan PDTG.

Penganjuran sesi ini diadakan bertujuan untuk:

• Mewujudkan mekanisme perbincangan yang lebih tersusun dan berfokus

• Memperkukuh kerjasama strategik antara MPS dan PDTG

• Memastikan tadbir urus serta pembangunan di kawasan Selayang dilaksanakan secara lebih sistematik dan efisien

Melalui sesi perbincangan dua hala ini, kedua-dua pihak dapat menyelaras perancangan, memperhalusi isu-isu berkaitan pentadbiran serta merangka tindakan strategik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

#malaysiamadani

#selayangkusayang

#kitaselangormajubersama

PROGRAM “PENGURUSAN KONFLIK DI TEMPAT KERJA” ANJURAN ANULAE

PROGRAM “PENGURUSAN KONFLIK DI TEMPAT KERJA” ANJURAN ANULAE

ANULAE Cawangan MPS dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang telah menganjurkan Program Pengurusan Konflik di Tempat Kerja sebagai usaha memberi pendedahan serta panduan kepada kakitangan dalam menangani dan mengurus konflik secara berkesan di persekitaran kerja.

Program yang berlangsung di Menara MPS ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan, serta disertai seramai 50 orang kakitangan MPS daripada pelbagai jabatan.

Program ini telah menampilkan Tuan Yaser bin Mohd Akhir, seorang jurulatih profesional, sebagai penceramah jemputan. Sepanjang sesi ceramah berlangsung, para peserta bukan sahaja didedahkan dengan teknik dan pendekatan pengurusan konflik, malah turut terlibat secara aktif dalam aktiviti berkumpulan yang dirangka bagi menggalakkan komunikasi berkesan, pemahaman bersama serta penyelesaian konflik secara konstruktif.

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh jati diri kakitangan, meningkatkan kemahiran interpersonal serta menyumbang ke arah pembentukan suasana tempat kerja yang lebih harmoni, positif dan kondusif.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

SESI TAKLIMAT PELAKSANAAN FI KELESTARIAN NEGERI SELANGOR ANJURAN MPS

SESI TAKLIMAT PELAKSANAAN FI KELESTARIAN NEGERI SELANGOR ANJURAN MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Sesi Taklimat Pelaksanaan Fi Kelestarian Negeri Selangor yang melibatkan pengusaha hotel, rumah tumpangan, inap desa serta premis penginapan pelancongan berlesen di kawasan pentadbiran MPS.

Penganjuran sesi ini bertujuan memberi penerangan berhubung pelaksanaan Fi Kelestarian Negeri Selangor, termasuk tatacara kutipan dan bayaran fi, tindakan yang perlu diambil oleh pengusaha penginapan serta peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan pelaksanaan yang berkesan dan berterusan.

Sesi taklimat ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Syukri bin Abdullah Zawawi, Pengarah Jabatan Pelesenan MPS dan diteruskan dengan taklimat berkaitan garis panduan pelaksanaan Fi Kelestarian yang disampaikan oleh Encik Muhammad Izzudin Asyraf bin Mahadi, Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Bahagian Pengurusan Hasil, Perbendaharaan Negeri Selangor.

Turut diadakan ialah taklimat berkenaan pendaftaran dan penggredan hotel oleh YBrs. Puan Zaharah binti Isahak, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Selangor (MOTAC Selangor).

Untuk makluman, Fi Kelestarian Negeri Selangor mula dilaksanakan berkuat kuasa 1 Januari 2026 ke atas pelancong tempatan dan antarabangsa yang menginap di premis penginapan pelancongan berlesen di Negeri Selangor. Kutipan fi akan dikenakan semasa pendaftaran masuk (check-in) mengikut kadar semalaman berdasarkan kategori premis penginapan.

Pelaksanaan fi ini bertujuan menyokong pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur pelancongan, memelihara serta memulihara alam sekitar, dan menjamin kelestarian industri pelancongan Negeri Selangor secara mampan.

MPS berharap agar pelaksanaan Fi Kelestarian Negeri Selangor ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak demi memastikan pembangunan sektor pelancongan yang lestari dan berdaya saing.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama