Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 23 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di Lobi Menara MPS. Program ini dipengerusikan oleh Tuan Az’har bin samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, dengan penglibatan 14 jabatan dalaman serta satu agensi luar, Platform Selangor (PLATS).
Program ini merupakan salah satu usaha berterusan MPS dalam memperkukuh komunikasi bersama penduduk. Ia memberi peluang kepada orang awam untuk menyuarakan pertanyaan dan aduan secara langsung kepada pegawai jabatan berkaitan, termasuk mendapatkan penjelasan terus mengenai isu-isu perbandaran.
Sebanyak 90 aduan dan pertanyaan telah diterima sepanjang program berlangsung. Antara Isu yang dikemukakan termasuk isu berkaitan kompaun, aduan kejiranan, isu tapak penjaja thaipusam, isu berkaitan infrastruktur serta pertanyaan mengenai proses kebenaran merancang.
Program ini telah berjalan lancar dan mencapai matlamatnya sebagai saluran perkhidmatan bersemuka yang lebih telus dan mesra rakyat.
Orang awam yang tidak berkesempatan hadir boleh menyalurkan aduan atau cadangan secara dalam talian melalui portal SPAB di
https://mps.spab.gov.my atau menerusi platform media sosial rasmi MPS.