Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kehadiran Audit Dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan Pengauditan Program Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) bermula 19 hingga 26 Januari 2026 yang diketuai oleh En. Mohammad Firdaus bin Omar; Ketua Auditor bersama lima anggota lain.
Pengauditan melibatkan 22 projek TPPM bagi tahun 2023 hingga 2025, termasuk semakan menyeluruh terhadap kelulusan projek, fail perolehan pelantikan kontraktor serta minit mesyuarat berkaitan pemantauan program.
Selain itu, pasukan audit turut melakukan lawatan tapak ke beberapa pengurusan strata swasta yang menerima bantuan TPPM, bagi menilai status sebenar kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan.
Semakan lain merangkumi dokumen kewangan seperti peruntukan, bayaran, laporan EFT, laporan kemajuan projek, senarai jawatankuasa serta dokumen teknikal seperti Inden, SST, CPC, DLP, EOT dan CMGD.
Audit ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek TPPM di Selangor mematuhi garis panduan, ketelusan perolehan serta keberkesanan penyelenggaraan bagi meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan kediaman strata.