Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui kerjasama ANULAE Cawangan MPS telah menganjurkan Majlis Meraikan Pesara Majlis Perbandaran Selayang Tahun 2023–2025 bertujuan untuk menghargai jasa, sumbangan serta khidmat bakti para pesara yang telah menamatkan perkhidmatan bersama MPS.
Majlis yang berlangsung di Menara MPS ini telah dihadiri oleh YBrs Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Ruzani binti Sohot; Pengerusi ANULAE Cawangan MPS serta YBhg Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle; Presiden KSDK MPS. Turut hadir ialah Tuan Ts. Hairudin bin Daud; Penolong Setiausaha MPS, Pengerusi MBJ MPS (Pihak Pekerja), wakil AKRAB MPS serta para pengarah jabatan.
Seramai 25 orang pesara telah diraikan dalam majlis ini. Penyampaian cenderahati kepada para pesara telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS sebagai simbol penghargaan dan tanda terima kasih atas dedikasi serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Majlis ini turut menjadi wadah untuk memperkukuh silaturahim serta mengenang jasa para pesara yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan MPS.
#selayangkusayang
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama