Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

SESI TAKLIMAT PELAKSANAAN FI KELESTARIAN NEGERI SELANGOR ANJURAN MPS

SESI TAKLIMAT PELAKSANAAN FI KELESTARIAN NEGERI SELANGOR ANJURAN MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Sesi Taklimat Pelaksanaan Fi Kelestarian Negeri Selangor yang melibatkan pengusaha hotel, rumah tumpangan, inap desa serta premis penginapan pelancongan berlesen di kawasan pentadbiran MPS.

Penganjuran sesi ini bertujuan memberi penerangan berhubung pelaksanaan Fi Kelestarian Negeri Selangor, termasuk tatacara kutipan dan bayaran fi, tindakan yang perlu diambil oleh pengusaha penginapan serta peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan pelaksanaan yang berkesan dan berterusan.

Sesi taklimat ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Syukri bin Abdullah Zawawi, Pengarah Jabatan Pelesenan MPS dan diteruskan dengan taklimat berkaitan garis panduan pelaksanaan Fi Kelestarian yang disampaikan oleh Encik Muhammad Izzudin Asyraf bin Mahadi, Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Bahagian Pengurusan Hasil, Perbendaharaan Negeri Selangor.

Turut diadakan ialah taklimat berkenaan pendaftaran dan penggredan hotel oleh YBrs. Puan Zaharah binti Isahak, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Selangor (MOTAC Selangor).

Untuk makluman, Fi Kelestarian Negeri Selangor mula dilaksanakan berkuat kuasa 1 Januari 2026 ke atas pelancong tempatan dan antarabangsa yang menginap di premis penginapan pelancongan berlesen di Negeri Selangor. Kutipan fi akan dikenakan semasa pendaftaran masuk (check-in) mengikut kadar semalaman berdasarkan kategori premis penginapan.

Pelaksanaan fi ini bertujuan menyokong pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur pelancongan, memelihara serta memulihara alam sekitar, dan menjamin kelestarian industri pelancongan Negeri Selangor secara mampan.

MPS berharap agar pelaksanaan Fi Kelestarian Negeri Selangor ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak demi memastikan pembangunan sektor pelancongan yang lestari dan berdaya saing.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama