Majlis Perbandaran Selayang telah menganjurkan Sesi Libat Urus MPS bersama Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) Tahun 2026 bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre.
Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan turut disertai YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak; YBrs Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; pengarah-pengarah jabatan serta pegawai-pegawai MPS dan PDTG.
Penganjuran sesi ini diadakan bertujuan untuk:
• Mewujudkan mekanisme perbincangan yang lebih tersusun dan berfokus
• Memperkukuh kerjasama strategik antara MPS dan PDTG
• Memastikan tadbir urus serta pembangunan di kawasan Selayang dilaksanakan secara lebih sistematik dan efisien
Melalui sesi perbincangan dua hala ini, kedua-dua pihak dapat menyelaras perancangan, memperhalusi isu-isu berkaitan pentadbiran serta merangka tindakan strategik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.
MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.