Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2026

BENGKEL PENYEDIAAN STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH ORGANISASI (OACS) MPS TAHUN 2026 – SIRI 1

BENGKEL PENYEDIAAN STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH ORGANISASI (OACS) MPS TAHUN 2026 – SIRI 1

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Unit Integriti telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) MPS Tahun 2026 – Siri 1 yang berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.

Bengkel ini telah disertai seramai 40 orang Ahli Jawatankuasa OACP yang terdiri daripada Timbalan Pengarah serta wakil-wakil jabatan MPS. Program ini dikendalikan dengan kerjasama SPRM Selangor dan menampilkan Tuan Azuan bin Adzhar, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sebagai penceramah, manakala Puan Norashikin binti Abd Rahim bertindak sebagai fasilitator bengkel.

Melalui sesi penilaian risiko (risk assessment), sebanyak 33 risiko telah dikenal pasti merangkumi Risiko Rasuah serta Risiko Governans dan Integriti. Kesemua risiko ini dirangka di bawah empat strategi utama, iaitu:

1. Program Pengukuhan dan Pendidikan;

2. Pengurusan Kewangan dan Perolehan Projek;

3. Perkhidmatan dan Tatakelola;

4. Penguatkuasaan dan Pematuhan Undang-Undang.

Penganjuran bengkel ini menjadi asas penting kepada penyediaan Buku OACS MPS bagi tempoh 2026 hingga 2030, selaras dengan komitmen MPS dalam memperkukuh tadbir urus, integriti dan ketelusan organisasi.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

PROGRAM ZIARAH SELAYANG PRIHATIN PERINGKAT MPS SIRI 1 TAHUN 2026

PROGRAM ZIARAH SELAYANG PRIHATIN PERINGKAT MPS SIRI 1 TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Program Ziarah Selayang Prihatin Peringkat MPS Siri 1 Tahun 2026 sebagai inisiatif agihan sumbangan kepada keluarga-keluarga kurang bernasib baik di sekitar Perbandaran Selayang bersempena sambutan perayaan yang bakal tiba.

Bagi siri pertama pelaksanaan program ini, sumbangan berupa bakul makanan telah diagihkan kepada 90 keluarga terpilih daripada 24 Jawatankuasa Penduduk (JKP) zon MPS bagi membantu meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina.

Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, telah menyempurnakan penyerahan bakul makanan sebagai simbolik pelancaran Program Ziarah Selayang Prihatin MPS Siri 1 Tahun 2026 kepada wakil DUN dan Ahli Majlis MPS untuk sesi agihan kepada para penerima seterusnya merasmikan pelepasan konvoi program.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; YB Puan Pua Pei Ling, Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan; Ketua-Ketua Whip Ahli Majlis serta pengarah-pengarah jabatan.

Semoga usaha murni ini terus memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan di sekitar Perbandaran Selayang.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

TAKLIMAT BAZAR RAMADAN 2026

TAKLIMAT BAZAR RAMADAN 2026

Taklimat Bazar Ramadan 2026 anjuran Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah diadakan sebagai persediaan pelaksanaan bazar yang akan berlangsung mulai 19 Februari hingga 19 Mac 2026 melibatkan 27 lokasi dengan 2,395 petak perniagaan di bawah pentadbiran MPS.

Sesi ini dihadiri 303 pengelola dan peniaga bagi memastikan pemahaman terhadap garis panduan pelesenan, kebersihan, keselamatan operasi serta kualiti pengendalian makanan, termasuk inisiatif “Jom Selamatkan Makanan @ Bazar MPS” bagi mengurangkan pembaziran makanan.

Turut diadakan sesi pemerkasaan peniaga melalui booth rakan strategik seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Agrobank, MesinKira Sdn Bhd dan Syarikat Edu Free, yang menyediakan maklumat pembiayaan mikro, perbankan digital, pembayaran tanpa tunai serta latihan keusahawanan dan pengendalian makanan. Inisiatif ini selaras dengan Pelan Strategik Pengurusan dan Pemerkasaan Penjaja Kecil MPS 2026–2030.

MPS menekankan kerjasama semua pihak bagi memastikan pematuhan syarat dan kelancaran pelaksanaan Bazar Ramadan 2026 demi manfaat peniaga serta komuniti setempat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

BENGKEL PENGENDALIAN BUKU DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI

BENGKEL PENGENDALIAN BUKU DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Bengkel Pengendalian Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi Siri 1/2026 yang melibatkan seramai 33 orang peserta, terdiri daripada Ketua-Ketua Kerani Jabatan serta Urus Setia Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan MPS.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada kakitangan yang terlibat berkaitan pengurusan serta pengendalian dokumen rahsia rasmi jabatan, agar aspek keselamatan dan perlindungan dokumen MPS sentiasa terpelihara.

Selain itu, bengkel ini turut menekankan pematuhan terhadap tatacara dan peraturan semasa yang ditetapkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Perlindungan Malaysia, selaras dengan peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 (AM 492).

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

MPS ROBOH 12 STRUKTUR HARAM DI KAMPUNG SUNGAI CHINCHIN

MPS ROBOH 12 STRUKTUR HARAM DI KAMPUNG SUNGAI CHINCHIN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melaksanakan Operasi Bersepadu bagi merobohkan 12 struktur binaan tanpa kebenaran di sebahagian Lot-Lot Kampung Sungai Chinchin, Mukim Setapak.

Operasi mengikut Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) itu diketuai Jabatan Bangunan MPS dan turut dihadiri Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS. Tindakan ini diambil bagi memastikan pematuhan undang-undang serta menjaga keselamatan dan perancangan pembangunan kawasan tersebut.

Seramai 90 anggota terlibat dalam operasi ini,merangkumi jabatan dalaman MPS serta agensi luar seperti Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, PDRM, TNB dan Air Selangor. Dua jentera backhoe, dua jentera berantai dan dua lori tunda digunakan dalam operasi tersebut.

MPS akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pembangunan teratur serta keselamatan penduduk di kawasan pentadbirannya.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan bertempat di Lobi Menara MPS. Program ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua MPS dan turut sama pada program ini Tuan Haji Az’har bin samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, dengan penglibatan 14 jabatan dalaman.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan MPS dalam memperkukuh komunikasi bersama penduduk. Ia memberi peluang kepada orang awam untuk menyuarakan pertanyaan dan aduan secara langsung kepada pegawai jabatan berkaitan, termasuk mendapatkan penjelasan terus mengenai isu-isu perbandaran.

Sebanyak 26 aduan dan pertanyaan telah diterima sepanjang program berlangsung. Antara Isu yang dikemukakan termasuk isu berkaitan kompaun, aduan kejiranan, isu berkaitan infrastruktur, masalah parkir serta pertanyaan mengenai proses kebenaran merancang.

Program ini telah berjalan lancar dan mencapai matlamatnya sebagai saluran perkhidmatan bersemuka yang lebih telus dan mesra rakyat.

Orang awam yang tidak berkesempatan hadir boleh menyalurkan aduan atau cadangan secara dalam talian melalui portal SPAB di 

https://mps.spab.gov.my atau menerusi platform media sosial rasmi MPS.

#SelayangKuSayang

#MalaysiaMadani

#kitaselangormajubersama

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) MPS TAHUN 2025

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) MPS TAHUN 2025

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Templer’s Ballroom, Setia Eco Templer, Rawang dan dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor. 

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; Yang Dihormati Dato’ Ir Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak; YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak; YBrs. Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Kepada Dato’ Menteri Besar Selangor; YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; YBrs. Tuan Ts Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; Ahli-ahli Majlis MPS; serta pengarah-pengarah jabatan.

Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada 91 orang kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2025. Selain itu, penyampaian penghargaan turut diberikan kepada 15 orang penerima Anugerah Khidmat Setia, 15 orang penerima Anugerah Jasamu Dikenang dan lapan orang penerima Anugerah Penghargaan Media.

Satu penghargaan khas turut disampaikan kepada Dr. Izhar Che Mee, Ketua Pegawai Eksekutif Roketz Sdn Bhd, atas sumbangan membantu MPS

memperkasa agenda pendigitalan menerusi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pelaksanaan Sistem Bidaan Online Tapak Thaipusam 2026.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga penghargaan ini menjadi motivasi kepada semua kakitangan MPS untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN ANULAE CAWANGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN ANULAE CAWANGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Kempen Derma Darah anjuran ANULAE Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah diadakan di Lobi Menara MPS.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kakitangan MPS serta orang awam yang hadir bagi menderma darah demi membantu golongan yang memerlukan.

MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 107 orang penderma darah yang telah menjayakan kempen ini. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma darah.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

KEJOHANAN JERANTUT OPEN PAINTBALL CUP 2026

KEJOHANAN JERANTUT OPEN PAINTBALL CUP 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyertai Kejohanan Jerantut Open Paintball Cup 2026 yang berlangsung di Padang FA Majlis Daerah Jerantut, Pahang. Penyertaan ini merupakan salah satu usaha MPS dalam memupuk budaya sihat, semangat berpasukan serta penglibatan aktif warga kerja dalam aktiviti sukan peringkat luar.

Kejohanan ini menghimpunkan pelbagai pasukan dari seluruh negara dan mempertandingkan dua divisyen utama, iaitu Divisyen Terbuka Electronic dan Divisyen Rookie. Saingan yang sengit daripada pasukan berpengalaman menjadikan pertandingan ini medan terbaik untuk menguji kemahiran dan taktikal setiap peserta.

Pasukan Paintball MPS berjaya meraih tempat ke-4 daripada 21 pasukan yang bertanding dalam Divisyen Rookie. Dengan kedudukan tersebut, pasukan MPS membawa pulang hadiah wang tunai RM300 berserta pingat kemenangan, menjadikan kejayaan ini antara pencapaian yang signifikan bagi pasukan baharu dalam arena sukan paintball.

Diharapkan kejayaan ini dapat menjadi pemangkin motivasi kepada seluruh warga MPS untuk terus aktif menyertai program sukan dan rekreasi, selain berusaha meningkatkan lagi pencapaian pada pertandingan-pertandingan akan datang.

#kitaselangormajubersama

#selayangkusayang