603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menghadiri Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam Tahun 2026 Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

Majlis ini turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selaku pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab memastikan kelancaran dan keselamatan persekitaran sepanjang sambutan diadakan. Penganjuran majlis ini bertujuan meraikan penganut agama Hindu yang menyambut perayaan Thaipusam serta memberi ruang untuk beramah mesra bersama para pengunjung. Kehadiran puluhan ribu penganut Hindu yang memenuhi kawasan sekitar Batu Caves turut mencerminkan keharmonian dan perpaduan beragama yang terus kukuh dalam masyarakat Malaysia.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Papparaidu a/l Veraman, Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor; YB Dato’ Haji Rizam bin Haji Ismail, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna; YB Ganabatirau a/l Veraman, Ahli Parlimen Klang; YBrs. Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; serta Ahli Majlis MPS yang turut hadir memberi sokongan.

#kitaselangormajubersama

#malaysiamadani

#selayangkusayang