Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meneruskan komitmen menjaga kebajikan warga kerja apabila Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS mengadakan program Ziarah Kasih.
Program ini memberi ruang kepada pihak pengurusan menziarahi kakitangan MPS yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, merangkumi keadaan seperti komplikasi akibat kemalangan, penyakit kronik serta kecederaan fizikal yang memerlukan rawatan berterusan.
Turut sama pada ziarah ini ialah Puan Su @ Noor Hafizah binti Mohamad Lasim; Timbalan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Tuan LAr. Mokhtar Affandi bin Abdul Ghani; Pengarah Jabatan Landskap merangkap Pengerusi Akrab, Tuan Ts. Azmi bin Wagiran; Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Encik Mohd Saiful Saffie bin Haji Yahaya, Naib Pengerusi ANULAE cawangan MPS dan Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle; Presiden Kelab Sukan Dan Kebajikan MPS.
Inisiatif ini sebagai usaha memperkukuh sokongan moral kepada warga kerja, selain memperlihatkan keprihatinan MPS terhadap kesejahteraan kakitangannya.