Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

MAJLIS APRESIASI BERSAMA TUAN YDP MPS & PASUKAN ANGKAT MAKSAK SELANGOR 2025

MAJLIS APRESIASI BERSAMA TUAN YDP MPS & PASUKAN ANGKAT MAKSAK SELANGOR 2025

YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menghadiri Majlis Apresiasi MPS Bersama Pasukan Angkat MAKSAK Selangor 2025 yang diadakan di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat serta ahli-ahli Pasukan Angkat MAKSAK Selangor.

Penganjuran majlis ini bertujuan mengukuhkan silaturahim serta mengeratkan hubungan antara Pengurusan Tertinggi MPS dan ahli-ahli Pasukan Angkat, di samping menghargai komitmen serta sumbangan mereka.

Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian insentif kepada Pasukan Angkat yang telah disempurnakan oleh Tuan YDP MPS.

Penyampaian insentif ini merupakan tanda penghargaan kepada semua Pasukan Angkat atas kejayaan, usaha gigih dan sumbangan mereka dalam mengharumkan nama MAKSAK Negeri Selangor di arena sukan agensi-agensi kerajaan.

MAJLIS APRESIASI MPS BERSAMA PASUKAN ANGKAT MAKSAK NEGERI SELANGOR 2025

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KAKITANGAN MPS

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KAKITANGAN MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui kerjasama ANULAE Cawangan MPS dan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak (PKDG) telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan khusus untuk warga kerja MPS.

Sesi saringan yang dijalankan oleh petugas PKDG diketuai Dr. Shafina binti Samsuddin bersama lapan orang pegawai kesihatan. Pelbagai pemeriksaan asas telah disediakan bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan.

Sebanyak 209 orang kakitangan MPS telah mengambil bahagian dalam program ini, sekali gus menunjukkan komitmen warga kerja terhadap kesejahteraan dan kesihatan diri.

MPS merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat atas kerjasama dan sokongan menjayakan inisiatif ini demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan sejahtera.

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI KE MPS

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI KE MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima kunjungan rasmi daripada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) bagi sesi Lawatan Penanda Aras Penguatkuasaan Prosedur Sitaan Cukai Taksiran, Lelongan Harta Alih Rampasan Sitaan serta Prosedur Pindah Milik Pegangan. Lawatan ini diketuai oleh Puan Yusniza Jasmin Binti Yaacub, Penolong Pegawai Penilaian.

Sesi ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan serta memperkukuh prosedur kerja khususnya dalam aspek penguatkuasaan dan kutipan tunggakan cukai taksiran, sitaan, lelongan harta alih dan proses pindah milik pegangan. Dalam masa yang sama, MPLBP turut diberikan pendedahan menyeluruh mengenai perincian aliran kerja, cabaran lapangan serta kaedah penyelarasan antara jabatan yang diamalkan oleh MPS.

Lawatan ini berakhir dengan sesi soal jawab, membuka peluang kepada MPLBP untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan proses kerja sebenar di MPS.

KURSUS REFRESHING PEMANTAPAN PEGAWAI PENYIASAT (IO) MPS

KURSUS REFRESHING PEMANTAPAN PEGAWAI PENYIASAT (IO) MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Perundangan telah menganjurkan Kursus Refreshing Pemantapan Pegawai Penyiasat (IO) bagi meningkatkan kompetensi pegawai dalam penyediaan kertas siasatan (IP), memperkukuh kefahaman undang-undang serta memantapkan integriti dan ketelitian dalam proses penyiasatan. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan kualiti penyiasatan berada pada tahap terbaik sebelum sesuatu kes dibawa untuk tindakan pendakwaan.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan penyertaan seramai 41 peserta, yang terdiri daripada 31 Pegawai Penyiasat (IO) daripada pelbagai jabatan dalaman seperti Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perancang Bandar, Commissioner of Buildings (COB), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan serta Jabatan Landskap; 5 Pegawai Pendakwa (PO) MPS; dan 5 orang urus setia daripada Jabatan Perundangan.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Saiful Azmi bin Samad, Timbalan Pengarah Jabatan Perundangan, dan merangkumi pelbagai pengisian termasuk tugasan penyediaan kertas siasatan, sesi pembentangan serta sesi soal jawab bersama peserta. Kursus turut diserikan dengan sesi libat urus bersama Majistret bagi memberikan pendedahan lebih mendalam mengenai keperluan dan standard yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Secara keseluruhan, kursus ini telah mencapai objektif penganjurannya melalui penglibatan aktif peserta serta perkongsian profesional daripada pihak kehakiman, sekali gus memperkukuh kecekapan dan kesiapsiagaan pegawai MPS dalam melaksanakan tugas penyiasatan secara berkesan.

KURSUS REFRESHING PEMANTAPAN PEGAWAI PENYIASAT ( IO ) MPS

SARINGAN UJIAN AIR KENCING KAKITANGAN MPS

SARINGAN UJIAN AIR KENCING KAKITANGAN MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Unit Integriti dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak telah melaksanakan program saringan ujian air kencing kepada warga kerja MPS pada 24 hingga 26 November 2025.

Program yang berlangsung di Dewan Keraian, Tingkat 8, Menara MPS ini bertujuan memastikan tahap disiplin serta pematuhan warga kerja terhadap dasar bebas dadah terus terpelihara.

Sepanjang pelaksanaan program ini, proses saringan dijalankan mengikut prosedur AADK dan berjalan lancar tanpa sebarang isu. Seramai 523 kakitangan telah berjaya disaring sepanjang tiga hari program tersebut.

Keputusan penuh saringan kini dalam proses pengesahan oleh pihak AADK dan akan dikemukakan kepada MPS sebaik sahaja diterima. Unit Integriti akan melaksanakan tindakan susulan yang bersesuaian berdasarkan ketetapan prosedur yang telah ditetapkan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulan November 2025 bertempat di Lobi Menara MPS. Majlis pada kali ini telah dihoskan oleh Jabatan Perbendaharaan MPS.

Majlis turut diserikan dengan beberapa sesi penyampaian hadiah dan pengiktirafan, antaranya:

• Anugerah Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) MPS

• Sijil Pengiktirafan 5 Bintang bagi Anugerah Penarafan Bintang Standard Kualiti Pelaksanaan Program Akrab dan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2025

• Hadiah Pertandingan Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2025

• Hadiah Kejohanan Golf MAKSAK 2025 dan Kejohanan Sukan MAKSAK 2025 – Ragbi

• Penyampaian sumbangan bagi Program Ceria Kembali ke Sekolah

• Hadiah Pertandingan Fantasy Premier League 2025/2026 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MPS

• Hadiah Kuiz Kahoot Jabatan Perbendaharaan

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, Tuan Ts. Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS, Ahli Majlis, para pengarah jabatan serta warga kerja MPS.

MPS merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah dan pengiktirafan serta berharap kejayaan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi dan kecemerlangan perkhidmatan pada masa hadapan.

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK MPS TAHUN 2026 – 2030

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK MPS TAHUN 2026 – 2030

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Bahagian Inovasi dan Kualiti, Jabatan Korporat telah mengadakan Bengkel Fasa Pertama Pembangunan Pelan Strategik MPS 2026–2030 selama tiga hari di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, yang turut menyampaikan amanat pihak pengurusan tertinggi MPS dalam merangka hala tuju strategik bagi tempoh lima tahun akan datang.

Sesi Fasa Pertama ini telah dikendalikan oleh tiga orang perunding yang diketuai Encik Mohd Syahrizad bin Mohd Sapandi dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Objektif Fasa Pertama adalah bagi menilai situasi semasa MPS, kekuatan, kelemahan serta mengenalpasti peluang serta ancaman MPS ke arah penetapan teras strategik yang holistik dan komprehensif. 

Dalam memastikan hasrat menjadikan MPS sebagai Bandaraya menjelang 2030, beberapa dokumen penting seperti Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan Rancangan Selangor Kedua (RS-2), Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Dasar Bandar Pintar, Matlamat Pembangunan Mampan ditekan dalam pembangunan dokumen ini.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Yang Dihormatkan Dato' Ir Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat merangkap Urusetia Pelan Strategik MPS, pengarah- pengarah jabatan, serta pegawai-pegawai MPS.

Pelan Strategik MPS 2026–2030 yang akan dibangunkan melalui tiga fasa ini akan menjadi asas kukuh dalam memastikan MPS sentiasa bersedia dalam cabaran serta perubahan semasa. 

SESI LIBAT URUS PELAN STRATEGIK PENGURUSAN DAN PEMERKASAAN PENJAJA KECIL MPS 2026-2030

MAJLIS SELANGOR “INVESTOR APPRECIATION AWARDS 2023 – 2024”

MAJLIS SELANGOR “INVESTOR APPRECIATION AWARDS 2023 – 2024”

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menghadiri Majlis Selangor Investor Appreciation Awards 2023–2024 anjuran Invest Selangor yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Pada majlis berprestij tersebut, YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS telah menerima ‘Special Recognition Award for Government & Technical Agencies in Selangor’, yang mengiktiraf peranan MPS dalam memberikan sokongan teknikal serta menyumbang kepada kelancaran urusan pembangunan dan pelaburan di Negeri Selangor.

Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor; YB Tuan Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Negeri Selangor; Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor; serta Dato’ Hasan Azhari bin Hj Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad.

Majlis ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam mengiktiraf sumbangan agensi teknikal dan industri yang memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh daya tarikan pelaburan Negeri Selangor.

SELANGOR INVESTORS APPRECIATION AWARDS 2023-2024

BENGKEL PELAKSANAAN CADANGAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR SELAYANG 2030 (TAHAP 1 & 2)

BENGKEL PELAKSANAAN CADANGAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR SELAYANG 2030 (TAHAP 1 & 2)

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Perancang Bandar telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan Cadangan Pelan Tindakan Bandar Pintar Selayang 2030 yang menghimpunkan jabatan teknikal dalaman, agensi luaran, Ahli Majlis serta perunding APUDG Sdn. Bhd.

Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS hadir sebagai tanda komitmen pengurusan tertinggi terhadap pembangunan bandar pintar.

Bengkel ini menumpukan kepada penilaian kesediaan MPS untuk memenuhi 35 indikator bandar pintar Tahap 1 & 2 serta penyelarasan pelaksanaan melalui draf Roadmap Bandar Pintar Selayang 2030. Hasil perbincangan berjaya mengenal pasti status semasa, jurang data, keperluan sistem, dan projek berkeutamaan tinggi, termasuk pembangunan integrasi Command Centre.

Dengan roadmap yang sedang dimuktamadkan, MPS kini bersedia mempercepat pelaksanaan projek dan program bagi mencapai sasaran penarafan Bandar Pintar Tahap 2, selaras dengan usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, penggunaan teknologi, dan integrasi sistem demi manfaat komuniti Selayang.