Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menghadiri Majlis Selangor Investor Appreciation Awards 2023–2024 anjuran Invest Selangor yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Pada majlis berprestij tersebut, YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS telah menerima ‘Special Recognition Award for Government & Technical Agencies in Selangor’, yang mengiktiraf peranan MPS dalam memberikan sokongan teknikal serta menyumbang kepada kelancaran urusan pembangunan dan pelaburan di Negeri Selangor.
Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor; YB Tuan Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Negeri Selangor; Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor; serta Dato’ Hasan Azhari bin Hj Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad.
Majlis ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam mengiktiraf sumbangan agensi teknikal dan industri yang memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh daya tarikan pelaburan Negeri Selangor.
SELANGOR INVESTORS APPRECIATION AWARDS 2023-2024