Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui kerjasama ANULAE Cawangan MPS dan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak (PKDG) telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan khusus untuk warga kerja MPS.
Sesi saringan yang dijalankan oleh petugas PKDG diketuai Dr. Shafina binti Samsuddin bersama lapan orang pegawai kesihatan. Pelbagai pemeriksaan asas telah disediakan bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan.
Sebanyak 209 orang kakitangan MPS telah mengambil bahagian dalam program ini, sekali gus menunjukkan komitmen warga kerja terhadap kesejahteraan dan kesihatan diri.
MPS merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat atas kerjasama dan sokongan menjayakan inisiatif ini demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan sejahtera.