Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK MPS TAHUN 2026 – 2030

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK MPS TAHUN 2026 – 2030

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Bahagian Inovasi dan Kualiti, Jabatan Korporat telah mengadakan Bengkel Fasa Pertama Pembangunan Pelan Strategik MPS 2026–2030 selama tiga hari di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, yang turut menyampaikan amanat pihak pengurusan tertinggi MPS dalam merangka hala tuju strategik bagi tempoh lima tahun akan datang.

Sesi Fasa Pertama ini telah dikendalikan oleh tiga orang perunding yang diketuai Encik Mohd Syahrizad bin Mohd Sapandi dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Objektif Fasa Pertama adalah bagi menilai situasi semasa MPS, kekuatan, kelemahan serta mengenalpasti peluang serta ancaman MPS ke arah penetapan teras strategik yang holistik dan komprehensif. 

Dalam memastikan hasrat menjadikan MPS sebagai Bandaraya menjelang 2030, beberapa dokumen penting seperti Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan Rancangan Selangor Kedua (RS-2), Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Dasar Bandar Pintar, Matlamat Pembangunan Mampan ditekan dalam pembangunan dokumen ini.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Yang Dihormatkan Dato' Ir Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat merangkap Urusetia Pelan Strategik MPS, pengarah- pengarah jabatan, serta pegawai-pegawai MPS.

Pelan Strategik MPS 2026–2030 yang akan dibangunkan melalui tiga fasa ini akan menjadi asas kukuh dalam memastikan MPS sentiasa bersedia dalam cabaran serta perubahan semasa. 

SESI LIBAT URUS PELAN STRATEGIK PENGURUSAN DAN PEMERKASAAN PENJAJA KECIL MPS 2026-2030