Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

KURSUS REFRESHING PEMANTAPAN PEGAWAI PENYIASAT (IO) MPS

KURSUS REFRESHING PEMANTAPAN PEGAWAI PENYIASAT (IO) MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Perundangan telah menganjurkan Kursus Refreshing Pemantapan Pegawai Penyiasat (IO) bagi meningkatkan kompetensi pegawai dalam penyediaan kertas siasatan (IP), memperkukuh kefahaman undang-undang serta memantapkan integriti dan ketelitian dalam proses penyiasatan. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan kualiti penyiasatan berada pada tahap terbaik sebelum sesuatu kes dibawa untuk tindakan pendakwaan.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan penyertaan seramai 41 peserta, yang terdiri daripada 31 Pegawai Penyiasat (IO) daripada pelbagai jabatan dalaman seperti Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perancang Bandar, Commissioner of Buildings (COB), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan serta Jabatan Landskap; 5 Pegawai Pendakwa (PO) MPS; dan 5 orang urus setia daripada Jabatan Perundangan.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Saiful Azmi bin Samad, Timbalan Pengarah Jabatan Perundangan, dan merangkumi pelbagai pengisian termasuk tugasan penyediaan kertas siasatan, sesi pembentangan serta sesi soal jawab bersama peserta. Kursus turut diserikan dengan sesi libat urus bersama Majistret bagi memberikan pendedahan lebih mendalam mengenai keperluan dan standard yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Secara keseluruhan, kursus ini telah mencapai objektif penganjurannya melalui penglibatan aktif peserta serta perkongsian profesional daripada pihak kehakiman, sekali gus memperkukuh kecekapan dan kesiapsiagaan pegawai MPS dalam melaksanakan tugas penyiasatan secara berkesan.

KURSUS REFRESHING PEMANTAPAN PEGAWAI PENYIASAT ( IO ) MPS