Kempen Derma Darah anjuran ANULAE Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah diadakan di Lobi Menara MPS.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kakitangan MPS serta orang awam yang hadir bagi menderma darah demi membantu golongan yang memerlukan.
MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 107 orang penderma darah yang telah menjayakan kempen ini. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma darah.