Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

KEJOHANAN JERANTUT OPEN PAINTBALL CUP 2026

KEJOHANAN JERANTUT OPEN PAINTBALL CUP 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyertai Kejohanan Jerantut Open Paintball Cup 2026 yang berlangsung di Padang FA Majlis Daerah Jerantut, Pahang. Penyertaan ini merupakan salah satu usaha MPS dalam memupuk budaya sihat, semangat berpasukan serta penglibatan aktif warga kerja dalam aktiviti sukan peringkat luar.

Kejohanan ini menghimpunkan pelbagai pasukan dari seluruh negara dan mempertandingkan dua divisyen utama, iaitu Divisyen Terbuka Electronic dan Divisyen Rookie. Saingan yang sengit daripada pasukan berpengalaman menjadikan pertandingan ini medan terbaik untuk menguji kemahiran dan taktikal setiap peserta.

Pasukan Paintball MPS berjaya meraih tempat ke-4 daripada 21 pasukan yang bertanding dalam Divisyen Rookie. Dengan kedudukan tersebut, pasukan MPS membawa pulang hadiah wang tunai RM300 berserta pingat kemenangan, menjadikan kejayaan ini antara pencapaian yang signifikan bagi pasukan baharu dalam arena sukan paintball.

Diharapkan kejayaan ini dapat menjadi pemangkin motivasi kepada seluruh warga MPS untuk terus aktif menyertai program sukan dan rekreasi, selain berusaha meningkatkan lagi pencapaian pada pertandingan-pertandingan akan datang.

#kitaselangormajubersama

#selayangkusayang