603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

BENGKEL PENYEDIAAN STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH ORGANISASI (OACS) MPS TAHUN 2026 – SIRI 1

BENGKEL PENYEDIAAN STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH ORGANISASI (OACS) MPS TAHUN 2026 – SIRI 1

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Unit Integriti telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) MPS Tahun 2026 – Siri 1 yang berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.

Bengkel ini telah disertai seramai 40 orang Ahli Jawatankuasa OACP yang terdiri daripada Timbalan Pengarah serta wakil-wakil jabatan MPS. Program ini dikendalikan dengan kerjasama SPRM Selangor dan menampilkan Tuan Azuan bin Adzhar, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sebagai penceramah, manakala Puan Norashikin binti Abd Rahim bertindak sebagai fasilitator bengkel.

Melalui sesi penilaian risiko (risk assessment), sebanyak 33 risiko telah dikenal pasti merangkumi Risiko Rasuah serta Risiko Governans dan Integriti. Kesemua risiko ini dirangka di bawah empat strategi utama, iaitu:

1. Program Pengukuhan dan Pendidikan;

2. Pengurusan Kewangan dan Perolehan Projek;

3. Perkhidmatan dan Tatakelola;

4. Penguatkuasaan dan Pematuhan Undang-Undang.

Penganjuran bengkel ini menjadi asas penting kepada penyediaan Buku OACS MPS bagi tempoh 2026 hingga 2030, selaras dengan komitmen MPS dalam memperkukuh tadbir urus, integriti dan ketelusan organisasi.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama