Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Program Ziarah Selayang Prihatin Peringkat MPS Siri 1 Tahun 2026 sebagai inisiatif agihan sumbangan kepada keluarga-keluarga kurang bernasib baik di sekitar Perbandaran Selayang bersempena sambutan perayaan yang bakal tiba.
Bagi siri pertama pelaksanaan program ini, sumbangan berupa bakul makanan telah diagihkan kepada 90 keluarga terpilih daripada 24 Jawatankuasa Penduduk (JKP) zon MPS bagi membantu meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina.
Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, telah menyempurnakan penyerahan bakul makanan sebagai simbolik pelancaran Program Ziarah Selayang Prihatin MPS Siri 1 Tahun 2026 kepada wakil DUN dan Ahli Majlis MPS untuk sesi agihan kepada para penerima seterusnya merasmikan pelepasan konvoi program.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; YB Puan Pua Pei Ling, Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan; Ketua-Ketua Whip Ahli Majlis serta pengarah-pengarah jabatan.
Semoga usaha murni ini terus memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan di sekitar Perbandaran Selayang.