Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menghadiri Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 14 April 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Program ini telah dilancarkan oleh Y.A.B Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
MPS turut mengambil bahagian dalam pameran inovasi dengan mengetengahkan dua (2) projek utama iaitu Tempat Elok Dikhaskan Untuk Hentian (TEDUH) dan Sistem Bidaan Tapak Perniagaan Thaipusam. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan MPS dalam memperkasa budaya inovasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Lebih membanggakan konsep inovasi TEDUH yang diperkenalkan oleh MPS dengan nama asal ‘Rider’s Pit Stop’ telah diperluaskan dan kini digunapakai oleh lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor. Perkembangan ini menunjukkan pengiktirafan terhadap keberkesanan serta potensi inovasi yang dibangunkan oleh MPS untuk diaplikasikan secara lebih meluas.
Turut hadir pada program ini YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS bersama-sama Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Korporat; Tuan Haji Mohd Syukri bin Abdullah Zawawi, Pengarah Pelesenan; serta Encik Hafizan bin Khamis, Ketua Bahagian Pengurusan Projek dan Fasiliti.
Secara keseluruhannya, penyertaan MPS dalam program ini bukan sahaja memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi sektor awam, malah memberi ruang dalam mempromosikan inisiatif inovasi MPS di peringkat yang lebih tinggi.