Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

BENGKEL DOKUMENTASI MS ISO 9001-2015 MPS TAHUN 2026

BENGKEL DOKUMENTASI MS ISO 9001-2015 MPS TAHUN 2026

Bengkel Dokumentasi MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 anjuran Bahagian Inovasi dan Kualiti, Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah dilaksanakan pada 7 hingga 9 Mei 2026 bertempat di Amverton Cove Golf & Island Resort.

Bengkel ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS selaku Pengerusi ISO MPS dan Tuan Ts Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS. Turut serta adalah Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Korporat merangkap Wakil Pengurusan ISO MPS; Puan Khairina binti Mohd Kardry, wakil Ketua Dokumentasi; Ketua-Ketua Skop serta Ahli-Ahli Dokumentasi. Bengkel kali ini bertujuan bagi memperkukuh sistem pengurusan kualiti melalui penambahbaikan dokumentasi secara berterusan serta perbincangan terperinci mengenai teguran audit SIRIM yang terdahulu.

Penglibatan dan komitmen menyeluruh daripada peserta sepanjang bengkel berlangsung, menunjukkan bahawa kerjasama berpasukan merupakan tonggak utama dalam memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di MPS berjalan dengan lancar.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama