603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM KE MPS

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM KE MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima lawatan penanda aras daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) melibatkan seramai empat (4) orang delegasi dan diketuai oleh YBrs. Puan Hajah Rosmah binti Haji Ihsan, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MDSB.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan, berkongsi pengalaman serta memahami pelaksanaan Inspektorat Keselamatan Perlindungan di MPS, khususnya berkaitan pengurusan keselamatan fizikal, keselamatan dokumen terperingkat, pengurusan kunci keselamatan, kawalan akses, pematuhan Arahan Keselamatan serta tatacara pengurusan bilik keselamatan.

Selain itu, lawatan tersebut turut memberi peluang kepada delegasi untuk memahami fungsi inspektorat dalam memantau tahap pematuhan keselamatan perlindungan di jabatan, mengenal pasti kelemahan dan risiko keselamatan, melaksanakan pemeriksaan berkala serta mencadangkan tindakan penambahbaikan bagi memperkukuh tadbir urus keselamatan organisasi.

Sepanjang lawatan tersebut, pihak MPS turut membawa delegasi melawat beberapa lokasi antaranya bilik kebal, Bilik Siantan, Kaunter Khidmat Pelanggan serta Unit Integriti bagi memberikan penerangan berkaitan tatacara dan pengurusan keselamatan perlindungan yang dilaksanakan di MPS.

Semoga dengan lawatan ini dapat memperkukuh perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik antara MPS dan MDSB dalam aspek pengurusan keselamatan perlindungan dan tadbir urus organisasi.

Majlis Daerah Sabak Bernam

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama