603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI & ANTIRASUAH (MPGIA)

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI & ANTIRASUAH (MPGIA)

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Unit Integriti telah melaksanakan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA): Pemerkasaan Penyelia Dalam Integriti, Tatatertib dan Antirasuah MPS bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Program yang melibatkan seramai 70 orang pegawai dan penyelia MPS ini bertujuan memperkukuh peranan penyelia dalam aspek kawalan serta pemantauan tatatertib berdasarkan Kaedah-Kaedah Pegawai MPS 2023, di samping memperkasa budaya tadbir urus, integriti dan akauntabiliti dalam organisasi.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS dan turut melibatkan sesi kuiz interaktif Kahoot, latihan berkumpulan dan pembentangan kajian kes berkaitan pengurusan pelanggaran tatakelakuan serta disiplin pegawai.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS.

Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kepekaan para penyelia terhadap aspek integriti, tatatertib serta pematuhan peraturan dalam pelaksanaan tugas harian, sekali gus memperkukuh budaya kerja profesional dalam organisasi.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama