Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2026

LAWATAN PENANDA ARAS MPS KE MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

LAWATAN PENANDA ARAS MPS KE MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Unit Integriti telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bagi meneliti amalan terbaik dalam pengurusan integriti dan tadbir urus organisasi.

Lawatan yang diketuai oleh Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS, bersama Ahli Jawatankuasa Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MPS yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Jabatan dan wakil jabatan ini memberi tumpuan kepada perkongsian berkaitan pelaksanaan Anti-Bribery Management System (ABMS) dan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS).

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MPS untuk memperkukuh budaya integriti, meningkatkan akauntabiliti serta memantapkan tadbir urus organisasi.

MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MPSepang atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik yang dilaksanakan.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

LAWATAN PENANDA ARAS MBSA KE PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) SG. TUA

LAWATAN PENANDA ARAS MBSA KE PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) SG. TUA

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sg. Tua telah menerima lawatan penanda aras daripada delegasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diketuai oleh YBrs. Encik Shahrin bin Ahmad, Pengarah Pembangunan Komuniti MBSA.

Delegasi tersebut telah disambut oleh YBrs. Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS. Lawatan ini bertujuan meninjau pengurusan dan pelaksanaan aktiviti harian warga emas di PAWE Sg. Tua sebagai rujukan bagi perancangan penubuhan pusat jagaan harian atau transit oleh pihak MBSA.

Sesi lawatan turut diisi dengan penerangan berkaitan pengoperasian pusat serta program dan aktiviti yang dilaksanakan di PAWE Sg. Tua sebagai perkongsian kepada delegasi MBSA. Pusat jagaan harian atau transit yang dirancang oleh MBSA bertujuan menyediakan ruang penjagaan dan aktiviti harian yang bermanfaat kepada warga emas, di samping membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial golongan tersebut.

Diharapkan perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan yang dilaksanakan oleh MPS dalam menguruskan pengoperasian PAWE Sg. Tua dapat memberikan input dan panduan yang bermanfaat kepada pihak MBSA dalam merancang serta menyediakan kemudahan dan program yang menyokong kesejahteraan golongan warga emas. Lawatan ini juga menjadi platform yang baik untuk memperkukuh jaringan kerjasama serta pertukaran pengetahuan antara kedua-dua pihak.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

BENGKEL PENYEDIAAN STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH ORGANISASI (OACS) MPS 2026–2030

BENGKEL PENYEDIAAN STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH ORGANISASI (OACS) MPS 2026–2030

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Unit Integriti telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) MPS 2026–2030 bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor bertempat di Holiday Inn Sepang.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan 22 orang peserta terdiri daripada Timbalan Pengarah jabatan dan wakil jabatan MPS telah berjaya membangunkan Kerangka OACS MPS 2026–2030 yang merangkumi empat strategi utama dan 28 substrategi.

Kerangka ini akan menjadi panduan MPS dalam memperkukuhkan integriti, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan dipercayai kepada masyarakat.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS.

Pelaksanaan bengkel ini turut mencerminkan komitmen berterusan MPS dalam membudayakan tadbir urus yang baik serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan berteraskan nilai integriti, profesionalisme dan kecemerlangan organisasi. 

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

PEMERIKSAAN KEWANGAN AP 308 DI JABATAN BANGUNAN MPS

PEMERIKSAAN KEWANGAN AP 308 DI JABATAN BANGUNAN MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Unit Integriti telah melaksanakan Pemeriksaan Kewangan AP 308 Bil. 1/2026 di Jabatan Bangunan.

Pemeriksaan ini telah diketuai oleh Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, bersama Puan Zuriati binti Karia, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat sebagai panel manakala Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti sebagai urus setia pelaksana.

Pelaksanaan pemeriksaan ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap tatacara kewangan, memperkukuh kawalan dalaman serta meningkatkan tadbir urus yang baik dalam penyampaian perkhidmatan MPS.

MPS sentiasa komited dalam membudayakan integriti, akauntabiliti dan ketelusan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat berada pada tahap yang terbaik.

#kitaselangormajubersama

#malaysiamadani

#selayangkusayang

PELAKSANAAN KOMBINASI AUDIT DALAM MS ISO 90012015 & ISO/IEC 270012022 MPS 2026

PELAKSANAAN KOMBINASI AUDIT DALAM MS ISO 90012015 & ISOIEC 270012022 MPS 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan Kombinasi Audit Dalam MS ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2022 bagi tahun 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh sistem pengurusan kualiti serta keselamatan maklumat organisasi.

Pelaksanaan audit ini telah dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS pada 3 Jun 2026, manakala Mesyuarat Penutup telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS pada 12 Jun 2026.

Audit dalaman ini dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan terhadap keperluan standard MS ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2022, mengenal pasti peluang penambahbaikan serta memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan yang diamalkan di MPS. Selain itu, audit ini turut bertujuan memastikan setiap jabatan dan bahagian sentiasa mengamalkan budaya kerja yang sistematik, cekap dan selamat selaras dengan keperluan standard antarabangsa.

Pelaksanaan audit dalaman ini juga merupakan antara persediaan penting MPS dalam menghadapi Audit Pensijilan Semula SIRIM yang dijadualkan berlangsung pada Julai 2026, sekali gus mencerminkan komitmen MPS untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan memenuhi kehendak pelanggan serta pihak berkepentingan.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama