Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan Kombinasi Audit Dalam MS ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2022 bagi tahun 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh sistem pengurusan kualiti serta keselamatan maklumat organisasi.
Pelaksanaan audit ini telah dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS pada 3 Jun 2026, manakala Mesyuarat Penutup telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS pada 12 Jun 2026.
Audit dalaman ini dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan terhadap keperluan standard MS ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2022, mengenal pasti peluang penambahbaikan serta memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan yang diamalkan di MPS. Selain itu, audit ini turut bertujuan memastikan setiap jabatan dan bahagian sentiasa mengamalkan budaya kerja yang sistematik, cekap dan selamat selaras dengan keperluan standard antarabangsa.
Pelaksanaan audit dalaman ini juga merupakan antara persediaan penting MPS dalam menghadapi Audit Pensijilan Semula SIRIM yang dijadualkan berlangsung pada Julai 2026, sekali gus mencerminkan komitmen MPS untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan memenuhi kehendak pelanggan serta pihak berkepentingan.