Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL. 7 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL. 7 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 7/2026 bertempat di Copthorne Hotel, Cameron Highlands, Pahang.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, YBrs. Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS, barisan Ahli Majlis, pengarah-pengarah jabatan MPS serta wakil agensi teknikal luaran.

Mesyuarat Jawatankuasa ini mempertimbangkan dan meneliti isu-isu teknikal berkaitan permohonan cadangan pemajuan dalam kawasan pentadbiran MPS, selaras dengan usaha memastikan setiap pembangunan yang dirancang mematuhi garis panduan serta keperluan teknikal yang ditetapkan.

Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan MPS dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan serta memastikan proses kelulusan pembangunan dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.

#selayangkusayang

#kitaselangormajubersama

#malaysiamadani

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG RAIH PENGIKTIRAFAN PERINGKAT ANTARABANGSA DI MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE 2026)

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG RAIH PENGIKTIRAFAN PERINGKAT ANTARABANGSA DI MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE 2026)

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus mengukuhkan kecemerlangan apabila berjaya meraih Anugerah Gangsa (Bronze Award Winners) menerusi projek Sistem Pengurusan Dashboard Audit di Malaysia Technology Expo melalui Public Service Innovation Asia Award (PSIA) 2026 yang telah berlangsung pada 9 hingga 11 April 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur secara virtual .

Penyertaan dan pengiktirafan MPS di peringkat antarabangsa yang memasuki tahun ke-4 ini, adalah hasil usaha dan kerjasama berterusan Bahagian Inovasi dan Kualiti, Jabatan Korporat serta pasukan KIK disamping sokongan menyeluruh dari Pengurusan Tertinggi MPS.

Sehubungan itu, MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kumpulan SASIS dari Jabatan Audit Dalam yang diketuai oleh Puan Norhayati binti Ahmad, Pengarah Jabatan Audit Dalam MPS di atas komitmen bagi merealisasikan kejayaan ini. Diharapkan pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak projek inovasi yang berimpak tinggi kepada MPS dan masyarakat.

BENGKEL PELAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN (PKP) MPS

BENGKEL PELAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN (PKP) MPS

Bengkel Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 7 hingga 9 April 2026 bertempat di Geo Hotel, Genting Highlands. Bengkel ini melibatkan seramai 28 orang kakitangan MPS serta tiga (3) orang penceramah daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Malaysia.

Bengkel ini bertujuan merangka pelan strategik bagi memastikan operasi kritikal dapat diteruskan walaupun berlaku gangguan, krisis mahupun bencana.

Selain itu, pelaksanaan PKP ini juga bertujuan mengurangkan impak gangguan terhadap penyampaian perkhidmatan serta memastikan proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera agar MPS kembali beroperasi seperti biasa dalam tempoh yang singkat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

LAWATAN PENANDA ARAS MP KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM KE MPS

LAWATAN PENANDA ARAS MP KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM KE MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi tujuan lawatan penanda aras melibatkan skop Jabatan Kejuruteraan, khususnya dalam aspek pengurusan infrastruktur, bangunan serta penyelenggaraan fasiliti.

Delegasi MPKB-BRI telah diketuai oleh YBrs. Encik Ikram, Penolong Pengarah Infrastruktur serta YBrs. Encik Amirul, Penolong Pengarah Bangunan dan Elektrik, melibatkan seramai 25 orang pegawai dan kakitangan. Kehadiran delegasi ini telah disambut oleh YBrs. Ir Ts Hazrin Hazizi bin Hussain Sabri, Timbalan Pengarah Kejuruteraan MPS bersama barisan Ketua Bahagian Jabatan Kejuruteraan.

Sepanjang lawatan, para peserta telah diberi penerangan mengenai struktur organisasi dan fungsi Jabatan Kejuruteraan MPS di samping berkongsi maklumat berkaitan skop tugas dalam penyelenggaraan infrastruktur dan bangunan. Sesi turut disusuli dengan perbincangan berkenaan amalan terbaik (best practices) dalam pengurusan projek serta penyelenggaraan fasiliti.

Lawatan ini telah memberi manfaat melalui percambahan idea dan pengalaman antara kedua-dua pihak, selain membuka ruang kepada penambahbaikan kaedah kerja serta pengukuhan hubungan kerjasama strategik antara MPKB-BRI dan MPS.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

BENGKEL PENGURUSAN SISA PEPEJAL MPS RANGKA PELAN TINDAKAN BANDAR BERSIH & MAMPAN

BENGKEL PENGURUSAN SISA PEPEJAL MPS RANGKA PELAN TINDAKAN BANDAR BERSIH & MAMPAN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan telah menganjurkan Bengkel Pelan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selama tiga hari bermula 1 - 3 April 2026 bertempat di Avilion Hotel, Port Dickson.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkasakan pendekatan pengurusan sisa pepejal yang lebih strategik, sistematik dan berprestasi tinggi bagi memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan berdaya huni. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaluddin; Yang Dipertua MPS. Turut hadir YDH Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman; Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli-ahli Majlis, pengarah-pengarah jabatan serta wakil agensi luar termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

Melalui sesi perbincangan dan libat urus, bengkel ini diharap menjadi platform penting dalam merangka pelan tindakan yang lebih jelas, berimpak serta seiring aspirasi MPS untuk menjadikan Selayang sebuah bandar yang mampan.

#kitaselangormajubersama

#selayangkusayang

#malaysiamadani

LAWATAN PENANDA ARAS MPS KE MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

LAWATAN PENANDA ARAS MPS KE MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Seberang Perai bagi tujuan perkongsian pandangan serta bertukar pendapat berkaitan pelaksanaan Audit Dalam selaras dengan standard MS ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2022.

Lawatan ini juga dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh kefahaman melalui pendedahan kepada amalan terbaik, kaedah pelaksanaan audit yang berkesan serta perkongsian pengalaman oleh pihak MBSP kepada barisan Juruaudit Dalam MPS yang turut serta dalam lawatan ini.

Sepanjang sesi lawatan, delegasi MPS berpeluang meneliti pendekatan audit yang sistematik, penggunaan dokumentasi yang efisien serta strategi penambahbaikan berterusan khususnya dalam aspek pengurusan kualiti dan keselamatan maklumat. Turut diadakan sesi perbincangan dua hala bagi bertukar pandangan dan idea ke arah memperkukuh sistem pengurusan ISO di MPS.

Secara keseluruhannya, lawatan ini memberi impak positif dalam meningkatkan kompetensi juruaudit dalaman MPS serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti kepada masyarakat.

Majlis Bandaraya Seberang Perai

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama