2026
INTEGRITI062026
COB062026
BANGUNAN062026
AUDIT062026
BANK KITAR SEMULA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
KUNJUNGAN HORMAT KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) SELANGOR KE MPS
KUNJUNGAN HORMAT KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) SELANGOR KE MPS
BENGKEL PENGURUSAN RISIKO & PELUANG MS ISO 9001 2015 SISTEM PENGURUSAN KUALITI
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko dan Peluang MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan daripada pelbagai jabatan.
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman peserta terhadap konsep pemikiran berasaskan risiko (risk-based thinking) serta meningkatkan keupayaan dalam mengenal pasti, menganalisis dan mengurus risiko serta peluang secara sistematik selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001:2015.
Sepanjang bengkel, para peserta telah didedahkan dengan kaedah praktikal penyediaan daftar risiko, penilaian impak serta strategi mitigasi yang berkesan bagi memastikan kelangsungan dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan MPS.
Diharapkan melalui pelaksanaan bengkel ini, semua jabatan dapat memperkasakan amalan pengurusan risiko secara lebih berstruktur seterusnya menyokong usaha penambahbaikan berterusan (continuous improvement) dalam sistem pengurusan kualiti MPS.
MPS komited dalam memastikan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti sentiasa relevan, berkesan dan memenuhi kehendak pihak berkepentingan.
PENUTUPAN TONG SAMPAH BERPUSAT DI INDAH PERDANA, KEPONG
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengedarkan notis pemakluman kepada penduduk di premis komersial berhubung penutupan tong sampah berpusat di kawasan komersial Indah Perdana, Kepong serta penyediaan tong sampah alternatif.
Sebanyak 64 notis telah diedarkan dan satu sesi pertemuan bersama pihak JMB turut diadakan bagi memberi penerangan lanjut. Selain itu, sebanyak 10 unit tong MGB berkapasiti 240 liter telah ditempatkan di setiap tangga untuk kemudahan penduduk di tingkat atas.
Operasi pembersihan di kawasan tong sampah berpusat turut dilaksanakan dengan kerjasama KDEB Waste Management, diikuti pemasangan pita keselamatan bagi mengelakkan penggunaan semula kawasan tersebut.
Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat dihargai dalam memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sejahtera.
OPERASI PEMBERSIHAN SAMPAH LONGGOK SISA INDUSTRI DAN SISA BINAAN
Majlis Perbandaran Selayang melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan dengan kerjasama KDEB Waste Management telah menjalankan kerja-kerja pembersihan terhadap pembuangan sampah longgok, sisa industri dan sisa binaan secara haram di Taman Daya, Kepong pada 9 April 2026.
MPS telah menerima aduan mengenai longgokan sampah bercampur yang dibuang secara haram di lokasi tersebut.
Orang ramai adalah diingatkan supaya tidak membuang sampah di kawasan awam dan bukan pada tempat yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.
Sebarang pelanggaran terhadap arahan tersebut boleh dikenakan tindakan kompaun tidak melebihi RM 1000.00 di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPS) 2007.
# malaysiamadani