Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus mengukuhkan kecemerlangan apabila berjaya meraih Anugerah Gangsa (Bronze Award Winners) menerusi projek Sistem Pengurusan Dashboard Audit di Malaysia Technology Expo melalui Public Service Innovation Asia Award (PSIA) 2026 yang telah berlangsung pada 9 hingga 11 April 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur secara virtual .
Penyertaan dan pengiktirafan MPS di peringkat antarabangsa yang memasuki tahun ke-4 ini, adalah hasil usaha dan kerjasama berterusan Bahagian Inovasi dan Kualiti, Jabatan Korporat serta pasukan KIK disamping sokongan menyeluruh dari Pengurusan Tertinggi MPS.
Sehubungan itu, MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kumpulan SASIS dari Jabatan Audit Dalam yang diketuai oleh Puan Norhayati binti Ahmad, Pengarah Jabatan Audit Dalam MPS di atas komitmen bagi merealisasikan kejayaan ini. Diharapkan pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak projek inovasi yang berimpak tinggi kepada MPS dan masyarakat.