Bengkel Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 7 hingga 9 April 2026 bertempat di Geo Hotel, Genting Highlands. Bengkel ini melibatkan seramai 28 orang kakitangan MPS serta tiga (3) orang penceramah daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Malaysia.
Bengkel ini bertujuan merangka pelan strategik bagi memastikan operasi kritikal dapat diteruskan walaupun berlaku gangguan, krisis mahupun bencana.
Selain itu, pelaksanaan PKP ini juga bertujuan mengurangkan impak gangguan terhadap penyampaian perkhidmatan serta memastikan proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera agar MPS kembali beroperasi seperti biasa dalam tempoh yang singkat.