Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

MAJLIS PENYERAHAN CENDERAHATI TONG SAMPAH KEPADA PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN

MAJLIS PENYERAHAN CENDERAHATI TONG SAMPAH KEPADA PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Penyerahan Cenderahati Tong Sampah Kepada Pembayar Cukai Taksiran Bagi Tahun 2025 pada 5 Mei 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Majlis penyerahan ini diadakan bagi menzahirkan penghargaan kepada pemilik harta di kawasan pentadbiran MPS yang telah menjelaskan bayaran penuh cukai taksiran bagi tahun 2025. Ianya juga merupakan sebahagian daripada inisiatif susulan Pelaksanaan Semakan Semula Kadar Cukai Taksiran Tahun 2025.

Penyerahan cenderahati tong sampah Mobile Garbage Bin (MGB) 80 liter telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS kepada penerima terpilih.

Turut sama dalam majlis ini, Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; Ketua Whip dan barisan pengarah.

MAJLIS PENYERAHAN CENDERAHATI TONG SAMPAH KEPADA PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN 2025

PROGRAM HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA TAHUN 2025

PROGRAM HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA TAHUN 2025

Program Hari Buah Pinggang Sedunia Tahun 2025 Peringkat Kluster Zon Utara Negeri Selangor anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah diadakan pada 4 Mei 2025 bertempat di Taman Rimba Bukit Lagong.

Program ini merupakan satu inisiatif dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga buah pinggang.

Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan program, antaranya trail run, saringan kesihatan, cabutan bertuah, pameran kesihatan, program tanam pokok, gerai jualan, pameran motor berkusa tinggi dan Soopa Doopa Fun.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Negeri Selangor, Dr. Faizal bin Mat Ariffin. Turut sama dalam program ini Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang, Encik Mohd Hadre bin Mohamad, Pegawai Hutan Daerah, Selangor Tengah, Wakil IPD Gombak dan Tuan Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS.

PROGRAM HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA TAHUN 2025

MAJLIS JALINAN AIDILFITRI PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) SG. TUA

MAJLIS JALINAN AIDILFITRI PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) SG. TUA

Seramai 200 orang jemputan telah diraikan dalam Majlis Jalinan Aidilfitri pada 23 April 2025 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

Jemputan yang hadir terdiri daripada warga emas, Ahli Majlis dan barisan pengarah. Majlis ini diadakan sebagai satu usaha untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli PAWE, warga emas sekitar serta komuniti setempat. Majlis ini juga turut memberi ruang kepada warga emas untuk bersama-sama merayakan Aidilfitri dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai juadah yang disediakan dan persembahan dari warga emas bersama Kumpulan Kugiran Akustik MPS, D'Xoras.

Hadir sama, Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus kukuh dan kemeriahan suasana Hari Raya ini menjadi kenangan dan memori abadi.

MAJLIS JALINAN AIDILFITRI PAWE MPS 2025

MAJLIS MESRA AIDILFITRI MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 2025

MAJLIS MESRA AIDILFITRI MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 2025

Sekitar kemeriahan suasana sambutan Majlis Mesra Aidilfitri Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2025 yang diadakan pada 25 April 2025 bersamaan 26 Syawal 1446H bertempat di Pekarangan Menara MPS.

Bertemakan ‘Warna-warni Aidilfitri’, seluruh warga kerja MPS dan tetamu hadir bersama keluarga dengan berpakaian tradisional, menyerikan lagi suasana majlis.

Pelbagai juadah telah disajikan menerusi lebih 20 gerai yang dikendalikan sendiri oleh kakitangan-kakitangan dari setiap jabatan MPS untuk tetamu yang hadir. Turut diadakan, Penyerahan Tabung Sumbangan Mangsa Bencana Kebakaran Gas di Putra Heights, penyampaian hadiah bagi Pertandingan Pakaian Terbaik, cabutan bertuah serta penyerahan duit raya untuk kanak-kanak yang telah disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS bersama Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS dan Encik Zikry bin Zulkifle, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan kumpulan akustik D’Xoras MPS serta tarian kebudayaan daripada pelajar SK Bandar Baru Selayang 2 dan SK Taman Melawati.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor; YDH Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' Dr. Hj. Wan Mahmood bin Pa'wan Teh, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Gombak; YB Puan Pua Pei Ling, ADN Bukit Lanjan; Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras DUN Gombak Setia.

Turut hadir ke majlis ini ialah mantan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua MPS antaranya, YBhg. Dato' Haji Bakarudin bin Othman, Tuan Abdullah bin Marjunid dan Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi selain rakan-rakan strategik, barisan Ahli Majlis dan pengarah MPS.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat bagi meraikan sambutan Majlis Mesra Aidilfitri MPS 2025.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN APRIL 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN APRIL 2025

Majlis Perhimpunan Bulan April Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang dihoskan oleh Jabatan Teknologi Maklumat telah diadakan pada 28 April 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Pada majlis ini telah diadakan pelancaran Program Ibadah Korban MPS tahun 1446H anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) yang telah disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Kahoot dan tayangan video raya dari Jabatan Teknologi Maklumat MPS.

Hadir sama dalam Majlis Perhimpunan ini ialah Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS; barisan Ahli Majlis, Pengarah Jabatan MPS dan kakitangan MPS.

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2025

MESYUARAT MAJLIS BIL.4-2025

MESYUARAT MAJLIS BIL.4-2025

Mesyuarat Majlis Bil.4/25 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah berlangsung pada 28 April 2025 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Mesyuarat majlis Ini telah dipengerusikan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua MPS. Dalam ucapan beliau, Tuan YDP telah berkongsi pencapaian sepanjang bulan Mac 2025 dan menzahirkan rasa bangga beliau atas kejayaan MPS untuk bulan ini. Tuan YDP turut berkesempatan berucap sempena persaraan Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Wan Mahmood bin Pa'Wan Teh, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak.

Hadir sama dalam mesyuarat ini, Tuan Haji Az'har bin Samsuri; Penolong Setiausaha MPS, Ahli Majlis MPS dan barisan Pengarah Jabatan MPS.

KURSUS LANJUTAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & PERLINDUNGAN MPS

KURSUS LANJUTAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & PERLINDUNGAN MPS

Seramai 60 peserta telah mengambil bahagian dalam Kursus Lanjutan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) dan Pegawai Pengelas melalui Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang diadakan pada 30 April 2025 bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.

Peserta yang terlibat dalam kursus ini merupakan wakil-wakil jabatan MPS terdiri daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Korporat, Jabatan Bangunan, Jabatan Audit Dalam, Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Perancang Bandar, Bahagian Urus Setia, Jabatan Perundangan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Pelesenan, Jabatan Pusat Setempat (OSC), Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Pejabat Yang Dipertua dan Unit Integriti.

Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus PPJK dan Pegawai Pengelas yang telah dilaksanakan pada 3-5 Disember 2024. Kursus ini diadakan sebagai persediaan bagi pencalonan Anugerah Khas Inspektorat Keselamatan Perlindungan yang dijangka akan berlangsung bermula Jun 2025. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Ahmad Basyir bin Mohamad Hasni, Pegawai Keselamatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan

PROGRAM CSR MPS BERSAMA PALM OLEO SDN. BHD SEMPENA HARI ALAM SEKITAR DI SK SERI KUNDANG, RAWANG

PROGRAM CSR MPS BERSAMA PALM OLEO SDN. BHD SEMPENA HARI ALAM SEKITAR DI SK SERI KUNDANG, RAWANG

SK Seri Kundang, Rawang menjadi lokasi kedua bagi pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) sempena Hari Alam Sekitar anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Palm Oleo Sdn. Bhd. pada 30 Jun 2025. 

Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Saharudin bin Abu Bakar, Ahli Majlis MPS Zon 19 ini turut dihadiri oleh Tuan Ong Kuak Aik, Pengarah Urusan Palm-Oleo Group; Tuan Ku Kok Peng, Ketua Pegawai Kelestarian KLK Palm-Oleo; Puan Hajah Norliana binti Basri, Guru Besar SK Seri Kundang; Encik Mohd Hata bin Mohd Noor, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Seri Kundang serta warga sekolah. 

Pelbagai pengisian menarik diadakan seperti ceramah kesedaran, pembuatan sabun dan lilin, aktiviti kitar semula dan penanaman pokok di samping dapat memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam memupuk generasi muda yang cakna terhadap kelestarian alam demi masa depan yang mampan.

PROGRAM CSR MPS BERSAMA PALM OLEO SDN. BHD SEMPENA HARI ALAM SEKITAR DI SJK(C) KUNDANG 2025

TAKLIMAT PENYERAHAN KERJA MENAIKTARAF & MEMBAIKPULIH MEDAN SELERA MPS TAMAN GREENWOOD

TAKLIMAT PENYERAHAN KERJA MENAIKTARAF & MEMBAIKPULIH MEDAN SELERA MPS TAMAN GREENWOOD

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan sesi serahan tapak bagi kerja-kerja naiktaraf Medan Selera MPS Taman Greenwood pada 26 Jun 2025 (Khamis). Projek pembaikan ini melibatkan keseluruhan 27 unit premis dan akan dilaksanakan secara berfasa oleh syarikat pelaksana.

Sesi serahan turut disertai oleh Tuan Hj. Mazlan bin Musa, Ahli Majlis MPS bersama wakil Pejabat Penyelaras Gombak, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) serta kontraktor pelaksana. Tempoh lantikan bagi projek ini bermula pada 23 Jun 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 10 November 2025.

MPS berharap agar semua pihak memberikan kerjasama penuh sepanjang tempoh pelaksanaan ini demi memastikan proses penambahbaikan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada peniaga serta pengunjung di masa hadapan.

OPERASI PEMBERSIHAN HOTSPOT SAMPAH HARAM

OPERASI PEMBERSIHAN HOTSPOT SAMPAH HARAM

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan satu operasi pembersihan di lokasi hotspot sampah haram yang terletak di Batu 6, Jalan Gombak. Operasi ini melibatkan kerjasama antara Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS, pihak KDEB Waste Management (KDEBWM), serta Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS bagi tujuan kawalan keselamatan lalu lintas dan kawasan sekitar semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Kerja-kerja pembersihan melibatkan pengumpulan dan pengangkutan sisa domestik, sampah pukal, dan bahan buangan lain yang dibuang secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab. Beberapa jentera seperti lori roro, dan jengkaut telah digunakan bagi mempercepatkan proses pembersihan dan memastikan kawasan dikembalikan kepada keadaan asal yang bersih dan selamat.

Kewujudan hotspot sampah haram ini berpunca daripada tindakan segelintir individu yang membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah boleh menjadi punca penularan penyakit dan menjejaskan imej kawasan.

Sehubungan itu, MPS menyeru semua penduduk agar sentiasa mematuhi peraturan dengan membuang sampah ke dalam tong yang disediakan serta di lokasi kutipan yang telah ditetapkan. Pihak KDEBWM akan melaksanakan kutipan sampah mengikut jadual. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kebersihan dan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.