Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR (AINS) PERINGKAT MPS 2025

ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR (AINS) PERINGKAT MPS 2025

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan sesi penilaian fizikal bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2025 pada 14 Mei 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Pasukan Panel Penilai telah diketuai oleh Puan Ayu Azriati binti Chik Ros daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Sebanyak 25 Kumpulan di bawah Pentadbiran MPS telah menyertai pertandingan ini. MPS diwakili oleh 1 kumpulan iaitu Kumpulan W2K dari Jabatan Pusat Setempat (OSC). Turut bertanding adalah wakil daripada agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi (IPTA/IPTS), kolej kemahiran dan sekolah.

YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua dan YBrs. Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua turut berkesempatan melawat ke Pameran Inovasi kumpulan yang bertanding .

Penilaian Fizikal ini bertujuan menapis dan menilai projek yang akan ke peringkat seterusnya. Keputusan bagi kumpulan berjaya akan diumumkan sekitar bulan Julai 2025.

PENILAIAN FIZIKAL ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR (AINS) TAHUN 2025

LAWATAN BERSAMA SEKRETARIAT SUKMA KE STADIUM MPS

LAWATAN BERSAMA SEKRETARIAT SUKMA KE STADIUM MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kunjung hormat oleh Sekretariat SUKMA XXII Selangor 2026 yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) merangkap CEO sektretariat pada 13 Mei 2025.

Tujuan lawatan diadakan bagi mengenalpasti kelengkapan dan kesesuaian Stadium MPS sebagai salah satu lokasi utama SUKMA XXII pada tahun hadapan. Stadium MPS sedang dalam proses penambahbaikan kemudahan dan fasiliti sedia ada dengan membaikpulih ruangan serta bahagian yang rosak.

Delegasi sekretariat telah disambut oleh Puan Norhayati Ahmad, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bersama pegawai Majlis Perbandaran Selayang di Stadium MPS.

MESYUARAT MENDENGAR BANTAHAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 2-2025

MESYUARAT MENDENGAR BANTAHAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 2-2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sedang mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Taksiran Penggal 2/2025 bermula pada 13 Mei hingga 14 Mei 2025 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Sesi pendengaran bantahan cukai taksiran diadakan bertujuan untuk mendengar, meneliti dan menimbang segala bantahan yang dibuat oleh pemilik harta atau mana-mana pihak atas sesuatu Nilai Tahunan selaras dengan Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].

Mesyuarat hari ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS Zon 10 dan Tuan Haji Mazlan bin Musa, Ahli Majlis MPS Zon 3. Turut hadir, Ahli Majlis, pengarah jabatan dan wakil jabatan dalaman MPS.

MESYUARAT MENDENGAR BANTAHAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 2-2025

MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN MANTAN ORANG BESAR DAERAH GOMBAK KEDUA

MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN MANTAN ORANG BESAR DAERAH GOMBAK KEDUA

YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS); YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; barisan Ahli Majlis bersama pengurusan MPS berbesar hati dapat meraikan Yang Dihormatkan Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr. Haji Wan Mahmood bin Pa’Wan Teh dalam Majlis Makan Malam Penghargaan Mantan Orang Besar Daerah Gombak Kedua yang diadakan pada 12 Mei 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Melawati.

Majlis ini merupakan kerjasama antara Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi menzahirkan penghargaan kepada Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr. Haji Wan Mahmood atas jasa bakti beliau berkhidmat selama 23 tahun sebagai Orang Besar Daerah Gombak Kedua.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor; YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak dan YBrs. Tuan Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ.

Turut hadir Dato’ Ir. Hj. Cheremi bin Hj. Tarman, Orang Besar Daerah Gombak Ketiga, mantan Yang Dipertua MPS dan MPAJ, dan wakil-wakil agensi kerajaan daerah Gombak.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada Yang Dihormatkan Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr. Haji Wan Mahmood atas segala jasa dan sokongan yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau.

MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN MANTAN ORANG BESAR DAERAH GOMBAK KEDUA

TEMU BUAL KHAS BERSAMA YANG DIPERTUA MPS DI SELANGORFM

TEMU BUAL KHAS BERSAMA YANG DIPERTUA MPS DI SELANGORFM

Temu bual Khas Slot ‘PBT dan Anda’ di SELANGORfm telah berlangsung bersama YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 8 Mei 2025 bertempat di Wisma Radio, Angkasapuri RTM.

Sesi temu bual yang membincangkan peranan MPS sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menangani isu-isu penting serta aduan dari penduduk di bawah pentadbiran MPS dan perancangan MPS dalam pelaksanaan “Smart City”. Selain itu, sesi temu bual ini juga memberi fokus mengenai lokasi pelancongan di bawah pentadbiran MPS sempena Tahun Melawat Selangor Tahun 2025.

Turut hadir, Encik Zulkefli bin Mohd, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Selangor.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SELANGORfm atas jemputan serta ruang kolaborasi yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

TEMU BUAL KHAS BERSAMA YANG DIPERTUA MPS DI SELANGORFM 2025

MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT UNTUK BAKAL HAJI MPS TAHUN 1446H@2025M

MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT UNTUK BAKAL HAJI MPS TAHUN 1446H@2025M

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan MPS (KSDK MPS) dan ANULAE telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk meraikan bakal jemaah haji pada 8 Mei 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Seramai enam orang warga kerja MPS termasuk YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2025. Bacaan Yasin dan doa selamat telah diketuai oleh Encik Syeikh Muhamad Faeez bin Mohd Nasir, Pegawai Jabatan Khidmat Pengurusan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan wang tunai daripada ANULAE MPS serta kit bantuan jemaah haji daripada KSDK MPS yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS.

Turut sama dalam majlis ini, Encik Zikry bin Zulkiflee, Presiden KSDK MPS; Puan Ruzaini binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS, Ahli Majlis dan pengarah jabatan.

Semoga warga kerja MPS yang bakal menunaikan haji sentiasa dalam keadaan sihat walafiat serta mendapat haji yang Mabrur.

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA MENUNAIKAN HAJI 2025

HARI PERTAMA AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 90012015 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI & ISOIEC 270012022 -(ISMS) MPS

HARI PERTAMA AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 90012015 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI & ISOIEC 270012022 -(ISMS) MPS

Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan ISO/IEC 27001:2022 (Information Security Management System) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah bermula hari ini di Dewan Keraian, Menara MPS.

Sesi kombinasi audit selama dua hari ini (7 - 8 Mei 2025) bertujuan memastikan pematuhan terhadap prosedur kerja serta penambahbaikan berterusan selaras dengan piawaian yang ditetapkan.

Mesyuarat pembukaan audit telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Sesi audit ini diketuai oleh En. Mohd Nasir bin Md. Zainuddin (Ketua Audit MS ISO 9001:2015) dan Pn. Suhaila binti Ariffin (Ketua Audit ISO/IEC 27001:2022) bersama barisan panel audit yang lain.

Komitmen MPS dalam mengekalkan tadbir urus yang cekap, selamat dan berkualiti sentiasa menjadi keutamaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada warga Selayang.

HARI PERTAMA AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 90012015 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI & ISOIEC 270012022 -(ISMS) MPS 2025

PROGRAM 'WALKABOUT INTEGRITY' SEMPENA PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI TAHUN 2025

PROGRAM 'WALKABOUT INTEGRITY' SEMPENA PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI TAHUN 2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Unit Integriti telah melaksanakan program “Walkabout Integrity” bagi Program Pengukuhan Integriti Tahun 2025 pada 6 Mei 2025 bertempat di Stadium MPS bersama kakitangan MPS di Unit Stadium.

Objektif program ini adalah untuk menyampaikan mesej integriti secara langsung kepada warga kerja yang bekerja di luar ibu pejabat MPS serta memupuk budaya pematuhan dan nilai-nilai murni integriti secara berterusan.

Program ini juga merupakan salah satu inisiatif latihan yang terbaik Unit Integriti yang menekankan pendekatan mendidik daripada menghukum, khusunya kepada warga kerja lapangan.

Semoga program seperti ini dapat memberi impak positif dalam menyemai kefahaman, kesedaran serta rasa tanggungjawab terhadap nilai integriti dan pematuhan dalam pelaksanaan tugas harian.

PROGRAM 'WALKABOUT INTEGRITY' BULAN MEI 2025

LAFAZ AKUAN TERIMA JAWATAN TIMBALAN YANG DIPERTUA MPS BAHARU

LAFAZ AKUAN TERIMA JAWATAN TIMBALAN YANG DIPERTUA MPS BAHARU

Lafaz akuan terima jawatan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang baharu telah berlangsung pada 5 Mei 2025 bertempat di Pejabat Yang Dipertua MPS.

YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri telah menerima lantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua (TYDP) MPS yang baharu berkuat kuasa pada 2 Mei 2025 bagi menggantikan Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi yang telah dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada Mac 2025.

Tuan Haji Az’har telah menyempurnakan lafaz akuan terima jawatan di hadapan YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dengan disaksikan oleh ketua-ketua WHIP Ahli Majlis dan pengarah jabatan MPS.

Seluruh warga MPS mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Az’har. Semoga dengan pengalaman yang dimiliki, beliau dapat melaksanakan amanah dengan penuh komitmen dalam usaha memperkasa mutu perkhidmatan kepada masyarakat di bawah pentadbiran MPS.

LAFAZ AKUAN TERIMA JAWATAN TIMBALAN YANG DIPERTUA MPS BAHARU 2025

KUNJUNG HORMAT ORANG BESAR DAERAH (OBD) GOMBAK KE MPS

KUNJUNG HORMAT ORANG BESAR DAERAH (OBD) GOMBAK KE MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kunjung hormat daripada YDH. Dato’ Ir. Haji Cheremi Bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak pada 5 Mei 2025.

YDH. Dato’ Ir. Haji Cheremi telah dilantik menjadi Orang Besar Daerah Gombak yang baharu bagi menggantikan Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Wan Mahmood bin Pa'Wan Teh yang bersara pada 30 April 2025.

Sesi kunjung hormat ini bertujuan untuk berbincang dan mengukuhkan hubungan MPS dan Orang Besar Daerah Gombak serta kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara dua pihak.

Turut sama dalam sesi ini, Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS.

KUNJUNG HORMAT ORANG BESAR DAERAH (OBD) GOMBAK KE MPS 2025