Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

OPERASI PEMBERSIHAN HOTSPOT SAMPAH HARAM

OPERASI PEMBERSIHAN HOTSPOT SAMPAH HARAM

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan satu operasi pembersihan di lokasi hotspot sampah haram yang terletak di Batu 6, Jalan Gombak. Operasi ini melibatkan kerjasama antara Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS, pihak KDEB Waste Management (KDEBWM), serta Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS bagi tujuan kawalan keselamatan lalu lintas dan kawasan sekitar semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Kerja-kerja pembersihan melibatkan pengumpulan dan pengangkutan sisa domestik, sampah pukal, dan bahan buangan lain yang dibuang secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab. Beberapa jentera seperti lori roro, dan jengkaut telah digunakan bagi mempercepatkan proses pembersihan dan memastikan kawasan dikembalikan kepada keadaan asal yang bersih dan selamat.

Kewujudan hotspot sampah haram ini berpunca daripada tindakan segelintir individu yang membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah boleh menjadi punca penularan penyakit dan menjejaskan imej kawasan.

Sehubungan itu, MPS menyeru semua penduduk agar sentiasa mematuhi peraturan dengan membuang sampah ke dalam tong yang disediakan serta di lokasi kutipan yang telah ditetapkan. Pihak KDEBWM akan melaksanakan kutipan sampah mengikut jadual. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kebersihan dan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.