Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2026

MAJLIS LAFAZ AKUAN TERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS MPS

MAJLIS LAFAZ AKUAN TERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS MPS

Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi Penggal 2026–2027 telah berlangsung di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. Majlis ini menyaksikan seramai 24 orang Ahli Majlis MPS, termasuk Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremin bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak, menyempurnakan lafaz akuan sebagai Ahli Majlis MPS di hadapan Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Daripada jumlah tersebut, seramai 15 orang merupakan Ahli Majlis lantikan semula manakala sembilan orang lagi adalah Ahli Majlis lantikan baharu.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Lafaz Aku Janji Integriti oleh Ahli Majlis yang diketuai oleh Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS, sebagai penegasan terhadap komitmen integriti, ketelusan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; YB Puan Pua Pei Ling, Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan; Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Menteri Besar; Tuan Mohammad Faizal bin Ismail, Pengurus Ahli Parlimen Gombak; serta barisan pengarah dan pegawai kanan MPS.

MAJLIS APRESIASI PENGGERAK BELIA SELANGOR (PeBS) SESI 2024 2025

MAJLIS APRESIASI PENGGERAK BELIA SELANGOR (PeBS) SESI 2024 2025

Majlis Apresiasi Penggerak Belia Selangor (PeBS) Sesi 2024/2025 telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dan disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para Penggerak Belia Selangor atas sumbangan serta peranan aktif mereka dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan belia di peringkat akar umbi. Bagi sesi 2024/2025, seramai 288 orang Penggerak Belia Selangor telah dilantik dan digerakkan di peringkat zon melibatkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri.

Majlis turut menyaksikan penyampaian tujuh kategori Anugerah Penggerak Belia Selangor Sesi 2024/2025 sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian, dedikasi dan komitmen berterusan para penerima anugerah dalam memperkasa komuniti belia selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Selangor.

Turut hadir, YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang telah menerima Anugerah Penghargaan Pihak Berkuasa Tempatan atas komitmen dan sokongan berterusan dalam memperkasa pembangunan belia di peringkat tempatan.

PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN ANAK-ANAK KEPERLUAN KHAS 2026 SERTA SUMBANGAN ANAK-ANAK SPM & STPM 2025 2026

PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN ANAK-ANAK KEPERLUAN KHAS 2026 SERTA SUMBANGAN ANAK-ANAK SPM & STPM 2025 2026

Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Sesi Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan dan Anak-Anak Keperluan Khas bagi tahun 2026, serta Sumbangan Anak-Anak SPM dan STPM bagi sesi 2025/2026.

Program ini telah berlangsung pada Khamis, 8 Januari 2025 bertempat di Lobi Menara Majlis Perbandaran Selayang dan melibatkan seramai 150 orang kakitangan MPS yang layak sebagai penerima sumbangan.

Diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak, di samping menjadi galakan dan penghargaan kepada anak-anak yang telah serta bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

OPERASI PEMERIKSAAN LESEN PERNIAGAAN, PEMANTAUAN PENJAJA, DAN SIASATAN ADUAN

OPERASI PEMERIKSAAN LESEN PERNIAGAAN, PEMANTAUAN PENJAJA, DAN SIASATAN ADUAN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan Operasi Pemeriksaan Lesen Perniagaan, Pemantauan Penjaja dan Siasatan Aduan di sekitar kawasan Selayang diketuai oleh Tuan Muhammad Noor Salehuddin bin Kamis, Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, dengan penglibatan pelbagai zon dan unit berkaitan.

Operasi bersepadu ini melibatkan Jabatan Penguat kuasa dan keselamatan MPS selain sokongan daripada Unit Operasi, Unit Tunda, Unit Logistik, Unit Atur Cepat, Jabatan Perlesenan MPS serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pemeriksaan dan pemantauan dijalankan ke atas premis perniagaan serta penjaja bagi memastikan pematuhan terhadap syarat lesen dan peraturan yang ditetapkan.

Hasil operasi mendapati beberapa ketidakpatuhan telah dikesan sekali gus membawa kepada pengeluaran sebanyak 49 notis pemberitahuan kesalahan (NPK) dan tiga tindakan sitaan ke atas premis dan penjaja yang melakukan kesalahan. Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

MPS akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan dari masa bagi memastikan peraturan sentiasa dipatuhi.

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BAHARU 2026

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BAHARU 2026

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sempena pembukaan tirai tahun baharu 2026 telah berlangsung di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang.

Acara dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin serta doa selamat yang dipimpin oleh Tuan Haji Ustaz Mohd Ridzuan Md Noor, Nazir Masjid Al-Firdaus. Seterusnya, majlis menyaksikan penyampaian sumbangan daripada pihak MPS kepada Masjid Al-Firdaus, yang disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Majlis kemudian diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan.

Majlis ini turut dihadiri YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz; Pegawai Daerah Gombak, pihak pengurusan MPS, para Penyelaras DUN, Ahli Majlis, wakil jabatan serta agensi di Gombak, dan kariah masjid.

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN KPJ RAWANG KE MPS

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN KPJ RAWANG KE MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kunjungan hormat daripada KPJ Rawang Specialist Hospital dan disambut mesra oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.

Kunjungan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Rawang Specialist Hospital, Puan Sharian binti Hussain ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta membuka peluang untuk meneroka potensi kolaborasi khususnya dalam aspek kesihatan komuniti, program Tanggungjawab Sosial Korporat

(CSR) dan usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan pentadbiran MPS. 

Turut sama dalam lawatan ini ialah Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Ts. Hairudin bin Daud; Penolong Setiausaha dan Puan Zulaina binti Abu Talib; Pengarah Jabatan Korporat.

Pertemuan ini juga mencerminkan komitmen berterusan MPS dalam menjalin jaringan kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

SYMPOSIUM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM)

SYMPOSIUM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) menganjurkan Simposium Universiti dalam Tindakan ke-8 bertemakan “Merealisasikan Kecemerlangan Umat melalui Penglibatan Komuniti: Dari Nilai kepada Amalan Transformasi” di Pusat Kebudayaan IIUM, Gombak.

Simposium ini menekankan pendekatan Tawhidik dalam pendidikan, selari dengan agenda Malaysia MADANI, inisiatif Universiti untuk Masyarakat (U4S), serta Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) 2024 yang berasaskan Agenda Kelestarian Global.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), yang menyampaikan ucapan penutup dan merumuskan keseluruhan pengisian program.

MPS sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh IIUM dan bersedia untuk bekerjasama dalam inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti setempat, khususnya dalam bidang pembangunan sosial, pendidikan serta keterlibatan masyarakat.

Penganjuran simposium ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mengintegrasikan nilai, ilmu dan tindakan ke arah penglibatan komuniti yang lebih bermakna dan lestari.

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM NEGERI SELANGOR 2026

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM NEGERI SELANGOR 2026

Mesyuarat Penyelarasan Program Sambutan Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor 2026 pada 5 Januari 2026 telah diadakan bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Penganjuran mesyuarat yang dipengerusikan oleh EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, YB. Tuan Papparaidu a/l Veraman adalah selaras dengan hasrat untuk melaksanakan program sambutan Thaipusam peringkat negeri Selangor di daerah Gombak dengan kerjasama MPS dan agensi-agensi berkaitan.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penyelarasan persiapan program, termasuk peranan jabatan serta agensi terlibat mengikut agenda yang telah ditetapkan.

Turut sama pada mesyuarat ini Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Tuan Ts. Hairudin bin Daud; Penolong Setiausaha MPS, Ahli-ahli Majlis MPS, dan wakil-wakil agensi di daerah Gombak.

Selepas mesyuarat berakhir, satu sesi lawatan tapak turut diadakan di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves, bagi meninjau keperluan serta tahap kesiapsiagaan lokasi yang bakal menjadi tumpuan utama semasa sambutan Thaipusam.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN DISEMBER & SAMBUTAN HARI INOVASI SERTA INTEGRITI PERINGKAT MPS 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN DISEMBER & SAMBUTAN HARI INOVASI SERTA INTEGRITI PERINGKAT MPS 2025

Majlis Perhimpunan Bulan Disember Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah diadakan di Lobi Menara MPS. Majlis ini turut diserikan dengan Sambutan Hari Inovasi serta Integriti Peringkat MPS Tahun 2025. YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS telah menyempurnakan gimik perasmian Hari Inovasi dan Integriti 2025.

Antara pengisian utama yang telah dilaksanakan sepanjang majlis adalah seperti berikut:

* Pra pelancaran dan penyerahan 𝙘𝙤𝙛𝙛𝙚𝙚𝙩𝙖𝙗𝙡𝙚𝙗𝙤𝙤𝙠 oleh Kelab Ahli Majlis MPS kepada Yang Dipertua MPS.

* Penyampaian Anugerah Program Pementoran Perkhidmatan Awam Peringkat MPS Tahun 2025 anjuran Jabatan Khidmat Pengurusan.

* Pertandingan Cetus Idea Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MPS 4.0.

* Penyampaian hadiah Pertandingan Fantasy Premier League 2025/2026 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS.

* Penyampaian sumbangan bantuan persekolahan dan anak-anak berkeperluan khas 2025 serta sumbangan SPM/STPM 2025 oleh KSDK MPS.

Hadir sama, YBrs. Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat; Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS; Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle, Presiden KSDK MPS; Ahli-ahli Majlis serta pengarah-pengarah jabatan MPS.

PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER 2025