Mesyuarat Penyelarasan Program Sambutan Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor 2026 pada 5 Januari 2026 telah diadakan bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Penganjuran mesyuarat yang dipengerusikan oleh EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, YB. Tuan Papparaidu a/l Veraman adalah selaras dengan hasrat untuk melaksanakan program sambutan Thaipusam peringkat negeri Selangor di daerah Gombak dengan kerjasama MPS dan agensi-agensi berkaitan.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penyelarasan persiapan program, termasuk peranan jabatan serta agensi terlibat mengikut agenda yang telah ditetapkan.
Turut sama pada mesyuarat ini Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Tuan Ts. Hairudin bin Daud; Penolong Setiausaha MPS, Ahli-ahli Majlis MPS, dan wakil-wakil agensi di daerah Gombak.
Selepas mesyuarat berakhir, satu sesi lawatan tapak turut diadakan di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves, bagi meninjau keperluan serta tahap kesiapsiagaan lokasi yang bakal menjadi tumpuan utama semasa sambutan Thaipusam.