Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2023

Kunjungan Hormat Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

Kunjungan Hormat Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru pada 12 September 2023 bertempat di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Delegasi MPS telah diketuai oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Dalam sesi perjumpaan ini, MPS dan MBJB berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan tentang program pembangunan dan pengurusan perbandaran. Diharapkan sesi perjumpaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan MPS dan MBJB.

Turut hadir Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS serta ketua-ketua jabatan dari MPS dan MBJB.

Kredit Foto: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Kunjungan Hormat Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru 2023

Operasi Sekitar Rawang, Gombak Dan Selayang

Operasi Sekitar Rawang, Gombak Dan Selayang

Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS telah mengadakan operasi di sekitar kawasan Rawang, Gombak dan Selayang pada 13 September 2023.

Operasi ini melibatkan penjaja yang meninggalkan barang jualan di Medan Puteri di mana sebanyak tujuh (7) sitaan telah dikeluarkan oleh pihak MPS di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007. Selain itu, sebanyak tujuh (7) sitaan dalam operasi yang sama juga telah dilakukan di Taman Perindustrian Bolton di bawah Akta Jalan Parit Bangunan (Halangan) dan satu (1) sitaan di Prima Gombak di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007.

Pada masa yang sama, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS juga telah mengadakan operasi sitaan restoran di kawasan Selayang Jaya melibatkan sitaan kerusi, meja lipat dan khemah di bawah Akta Jalan Parit Bangunan (Halangan) dan Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007.

MPS ingin mengingatkan kepada semua penjaja dan pemilik restoran untuk mematuhi undang-undang yang ditetapkan atau tindakan tegas akan dikenakan oleh pihak MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Operasi Sekitar Rawang, Gombak Dan Selayang 2023

Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Pembangunan Dan Penyenggaraan Kawasan Tanah Tinggi

Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Pembangunan Dan Penyenggaraan Kawasan Tanah Tinggi

Mesyuarat Penutup (Exit Conference) mengenai Pengauditan Pengurusan Pembangunan dan Penyenggaraan Kawasan Tanah Tinggi di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan pada 14 September 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Audit Negara Negeri Selangor.

MPS telah menerima maklum balas dan beberapa teguran dari pihak urus setia. Oleh itu, MPS mengambil maklum dan akan mengemukakan semula lampiran maklum balas dalam tempoh dua minggu.

Hadir sama pada mesyuarat ini adalah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS bersama-sama wakil dari Jabatan Kejuruteraan MPS dan Jabatan Perancang Bandar MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Pembangunan Dan Penyenggaraan Kawasan Tanah Tinggi 2023

Karnival Ekstrem Gua Damai Tahun 2023

Karnival Ekstrem Gua Damai Tahun 2023

Lebih 4,000 penyertaan daripada penduduk sekitar di bawah pentadbiran Selayang berkunjung ke Karnival Ekstrem Gua Damai Tahun 2023 Edisi ke-8 yang berlangsung meriah selama dua hari pada 16 dan 17 September 2023.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan A.Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor mewakili YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.

Karnival ekstrem ini menampilkan pelbagai sukan ekstrem Rock Climbing, Flying Fox untuk kanak-kanak, Tree Climbing, Paint Ball, Abseiling dan lain-lain. MPS berharap dengan penganjuran karnival sukan ekstrem seperti ini dapat menggalakkan masyarakat mengambil bahagian dalam aktiviti riadah yang mencabar jasmani dan rohani.

Turut hadir YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS; Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor; YDH Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato (Dr) Wan Mahmood bin Pa' Wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak; Ahli-Ahli Majlis MPS; wakil-wakil Jabatan dan Agensi serta para pengarah Jabatan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

KARNIVAL SUKAN EKSTREM GUA DAMAI 2023

Bengkel Muzik Kumpulan Kebudayaan MPS

Bengkel Muzik Kumpulan Kebudayaan MPS

Unit Kebudayaan dan Kesenian, Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS telah mengadakan Bengkel Muzik Kumpulan Kebudayaan MPS Siri 1, 2 dan 3 pada bulan Julai dan Ogos 2023.

Bengkel ini dikendalikan dan merangkumi teori dan praktikal drum bagi Siri 1 oleh Encik Rajwan bin Juni, Pensyarah ASWARA, teori dan praktikal gamelan tradisional bagi Siri 2 oleh Encik Shahir bin Abdul Rashid, Guru Gamelan serta teori dan praktikal muzik akustik bagi Siri 3 oleh Encik Mohd Hazrel bin Mohamed Haniffa, Pengajar Muzik Universiti Malaya.

Para peserta turut didedahkan tentang pengkhususan asas teori muzik, latihan ‘Sight Reading’ dan pembacaan ‘Music Sheet’ serta ‘Lead Sheet’ dan mendalami topik seperti stroke, pattern, tone, feel, floor song, attack, release dan syncopation.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Bengkel Muzik Kumpulan Kebudayaan MPS 2023

Forum Semarak Cinta Peringkat Daerah Gombak 2023

Forum Semarak Cinta Peringkat Daerah Gombak 2023

Seramai lebih 100 kakitangan Majlis Perbandaran Selayang, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak serta Pejabat Daerah dan Tanah Gombak telah hadir ke Forum Semarak Cinta peringkat Daerah Gombak untuk Tahun 2023 bertajuk "Semakin Hari Semakin Sayang" pada 19 September 2023 di Lobi Menara MPS.

Forum anjuran PAID Gombak dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan MPS ini telah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Penolong Pegawai Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Ustazah Yuhanis binti Yusof, Penolong Pegawai Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Semoga forum yang disampaikan dapat memberi pengetahuan baharu selain menyemarakkan lagi syiar Islam kepada semua.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Forum Semarak Cinta Peringkat Daerah Gombak 2023