Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2023

Pertandingan Nyanyian Lagu Asli Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Dan Badan Kerajaan Negeri Selangor 2023

Pertandingan Nyanyian Lagu Asli Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Dan Badan Kerajaan Negeri Selangor 2023

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Syahid bin Jaafar dari Jabatan Khidmat Pengurusan yang telah dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Kategori Lelaki dan Puan Norhasliza binti Hassan dari Jabatan Korporat yang telah mendapat tempat keempat bagi Kategori Wanita Pertandingan Nyanyian Lagu Asli Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Kerajaan Negeri Selangor 2023 anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya dan MAKSAK Selangor.

Pertandingan ini telah diadakan pada 16 September 2023 bertempat di Da Men, USJ, Subang dan telah disertai oleh seramai 20 peserta bagi memilih peserta yang bakal mewakili Selangor ke Festival Kesenian MAKSAK Malaysia 2023.

Pertandingan ini telah diadakan pada 16 September 2023 bertempat di Da Men, USJ, Subang dan telah disertai oleh seramai 20 peserta bagi memilih peserta yang bakal mewakili Selangor ke Festival Kesenian MAKSAK Malaysia 2023.

Pertandingan Nyanyian Lagu Asli Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Dan Badan Kerajaan Negeri Selangor 2023

Lawatan Kerja Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)

Lawatan Kerja Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)

MPS berbesar hati menerima seramai 16 kakitangan dari Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bagi lawatan kerja pada 19 September 2023. Lawatan yang diketuai oleh Encik Shamsul Syahiran bin Mohd Samsudin, Pengarah Jabatan Landskap MPK yang bertujuan untuk membincangkan serta berkongsi maklumat mengenai kerja-kerja penyelenggaraan dan penguatkuasaan landskap. 

Tuan LAr. Mokhtar Affandi bin Abd Ghani, Pengarah Jabatan Landskap MPS telah memberi penerangan tentang cara dan maklumat berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan dan penguatkuasaan landskap di MPS.

Semoga lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan pada masa akan datang.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Lawatan Kerja Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) 2023

Operasi Penjaja Haram

Operasi Penjaja Haram

Anggota Penguatkuasa telah mengadakan Operasi Penjaja Haram di Hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu. Sebanyak tiga penjaja yang menjaja pelbagai jenis makanan ringan dan aiskrim telah disita di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007. Operasi Lori Sampah Haram juga diadakan di Jalan Sungai Pusu, Kampung Sungai Pusu dan mendapati sebuah lori sampah telah membuang sampah haram di kawasan tersebut. Sitaan kepada sebuah lori sampah telah diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPS) 2007. Lori tersebut kemudiannya disimpan di depoh tunda MPS.

Sila patuhi arahan dan undang-undang yang telah ditetapkan atau tindakan tegas akan diambil oleh pihak MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Operasi Penjaja Haram 2023

MPS Johan Ping Pong SUKANUN 2023!

MPS Johan Ping Pong SUKANUN 2023!

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan ping pong MPS kerana telah berjaya menjadi Johan dalam Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) Tahun 2023! Pasukan MPS telah menewaskan pasukan LHDN dengan keputusan sengit 3-2.

MPS amat berbangga dengan pencapaian tersebut dan ini adalah bukti pengiktirafan atas kerja keras dan usaha para pemain. Terima kasih kerana mengharumkan nama Majlis Perbandaran Selayang.

#selayangpower
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

MPS Johan Ping Pong SUKANUN 2023!

Program Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Batu Sempena Hari Sungai Sedunia

PROGRAM SUNGAI KEBANGSAAN DENAI BATU

Majlis Perbandaran Selayang bersama Global Environment Centre (GEC) telah mengadakan Program Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Batu sempena Hari Sungai Sedunia yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS pada 9 September 2023 bertempat di Seri Selera Wira Damai, Gombak.

Aktiviti seperti pembersihan kawasan, penanaman pokok pendebungaan, penanaman pokok, kitar semula, pemasangan ecobrick dan program saintis muda telah diadakan pada program ini melibatkan seramai 150 peserta dari Azmida Technical College, SMK Taman Selayang, INTI International College Subang dan penduduk dari komuniti setempat.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti setempat berkenaan tanggungjawab bersama dalam menjaga dan memelihara alam sekitar. Semoga inisiatif ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Turut hadir Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Dr. K. Kalithasan, Pengurus Program River Care GEC; Tuan Hasrulhisham bin Abdullah, Jurutera Daerah JPS Daerah Gombak; Tuan Muhammad Husaini bin Mohd Yunos, Ahli Majlis Zon 6 MPS; Encik Zarul Hafizh bin Hamzah, wakil dari CIMB Islamic Bank dan para pengarah jabatan dalaman MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

PROGRAM SUNGAI KEBANGSAAN DENAI BATU 2023