2023
Perhimpunan Bulan September Peringkat MPS 2023
YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS telah menzahirkan rasa bangga kepada kesemua warga kerja yang berjaya mengharumkan nama MPS dengan pelbagai acara sukan dan pertandingan yang telah dianjurkan dalam ucapannya di Perhimpunan Bulan September Peringkat MPS 2023 pada 21 September 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.
Penyampaian sebanyak 23 Anugerah 'Reward YDP' meliputi dua kategori iaitu Kategori Pengurusan/Peningkatan Imej dan Kategori Pengurangan Kos/Tingkatkan Kecekapan telah diadakan pada majlis ini diikuti dengan penyampaian Dermasiswa ANULAE kepada Anak Cemerlang SPM 2022, hadiah Pertandingan Nyanyian Lagu Asli Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Kerajaan Negeri Selangor serta penyampaian hadiah kepada Pasukan Ping Pong dan Golf yang menyandang Johan dan Naib Johan bagi SUKANUN kali ke-12.
Bagi Pertandingan Menghias Jabatan MPS yang dianjurkan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MPS Tahun 2023, Jabatan Bangunan MPS telah dinobatkan sebagai Johan dan memenangi hadiah wang tunai RM600. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM300 dan Jabatan Perancang Bandar di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM300. Manakala, Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Korporat telah memenangi Anugerah Khas Juri beserta wang tunai RM200 bagi pertandingan ini.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Pelancaran Portal MY-ESIM Dan Karnival Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL)
Pelancaran portal MY-ESIM dan Karnival Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL) telah diadakan di Perhimpunan Bulan September Peringkat MPS pada 21 September 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.
Portal MY-ESIM berfungsi bagi menyemak tunggakan hasil di MPS sebelum memproses setiap permohonan yang diterima di jabatan. MPS juga telah membuka portal MY-ESIM ini kepada orang awam untuk semakan kendiri yang boleh diakses melalui pautan https://my-esim.mps.gov.my
SUKOMSEL kali ke-6 pula bakal diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2023. Sukan yang akan dipertandingkan adalah seperti Futsal, Bola Jaring, Badminton dan Tenpin Boling melibatkan 24 Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP).
Diharapkan inisiatif portal MY-ESIM akan menaikkan imej MPS dan memberikan impak yang positif. Kelahiran bakat-bakat baharu serta sambutan yang menggalakkan daripada setiap zon JKP turut diharapkan melalui penganjuran SUKOMSEL ini.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Mesyuarat Majlis Bil. 9/2023
Sekitar Mesyuarat Majlis Bil. 9/2023 yang telah berlangsung pada 21 September bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Turut hadir dalam mesyuarat ini Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Ahli-Ahli Majlis MPS dan Pengarah-pengarah Jabatan MPS.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Operasi Sitaan Lori Sampah
Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS telah mengadakan Operasi Sitaan Lori Sampah pada 21 September 2023 bertempat di Jalan Nenas, Kampung Sungai Kertas.
Dalam operasi ini, seorang pemandu sebuah lori sampah haram telah melarikan diri ketika tindakan penguatkuasaan dijalankan. Anggota Penguatkuasa MPS telah mengenakan tindakan sitaan ke atas lori sampah haram yang ditinggalkan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPS) 2007.
MPS ingin mengingatkan kepada pemilik lori untuk mematuhi undang-undang atau tindakan tegas akan diambil.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
























