Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2023

Kejohanan Golf Amal MPS 2023

KEJOHANAN AMAL GOLF MPS 2023

Majlis Perbandaran Selayang berjaya mengutip dana wang tunai berjumlah sebanyak RM60,000 melalui Kejohanan Golf Amal MPS 2023 yang telah diadakan pada 30 September 2023 bertempat di Tasik Puteri Golf and Country Club, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Kejohanan Golf Amal MPS yang julung kali diadakan ini merupakan usaha murni MPS untuk membuka ruang interaksi dan bermatlamat untuk mengumpul dana sesama agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor, Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan agensi swasta. Kejohanan ini juga melibatkan seramai 144 pemain secara keseluruhan.

YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS dalam ucapannya ketika Majlis Penyampaian Hadiah berkata, kutipan dana pada kejohanan ini adalah untuk mengisi tabung masyarakat MPS dan akan disalurkan serta digunakan untuk membantu rumah pertubuhan yang terpilih. Beliau juga berharap dana tersebut dapat dimanfaatkan selain sedikit sebanyak dapat meringankan beban rumah pertubuhan tersebut.

YB Tuan Abbas Salimmi bin Che Adzmi@Azmi, Ahli Lembaga Majlis Sukan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Negeri N29 Seri Serdang turut berkesempatan hadir ke kejohanan ini. Hadir sama Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; pengarah-pengarah agensi dan syarikat serta wakil-wakil PBT di Selangor.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

KEJOHANAN AMAL GOLF MPS 2023

Lawatan Penandaarasan Ekosistem Sektor Awam (EKSA)

Lawatan Penandaarasan Ekosistem Sektor Awam (EKSA)

MPS pada hari ini berbesar hati menerima seramai 44 kakitangan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sempena Lawatan Penandaarasan Ekosistem Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Puan Zuhaileen binti Abdul Rashid, Penolong Pengarah Unit Korporat dan Perhubungan Awam MPSepang.

Objektif lawatan ini adalah untuk berkongsi tentang pengamalan EKSA secara konsisten bagi mengekalkan persijilan EKSA. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengekalkan kecekapan sistem penyampaian dan amalan nilai-nilai murni EKSA untuk diaplikasikan oleh agensi masing-masing. 

Semoga dengan lawatan dan perkongsian ini, MPS dan MPSepang dapat mengekalkan persijilan EKSA kategori Cemerlang pada masa akan datang.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Lawatan Penandaarasan Ekosistem Sektor Awam (EKSA) 2023

Hotspot Sampah Longgok

Hotspot Sampah Longgok

Bagi mengekalkan kawasan bersih dan terjaga, kerja-kerja pembersihan hotspot sampah longgok telah dilakukan oleh pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS serta KDEBWM pada 4 Oktober 2023 bertempat di Batu 8, Jalan Gombak (Jalan Utama).

Melalui pemantauan yang dilakukan di lokasi sebelum itu mendapati terdapat hotspot sampah longgok yang dipercayai dibuang oleh peniaga, pemilik premis dan orang luar di laluan jalan tersebut yang menyebabkan kawasan itu dipenuhi dengan longgokan sampah. Selepas pembersihan dilakukan, pemasangan tali kuning dan penggantungan sepanduk (banner) juga telah diletakkan di lokasi.  

MPS ingin mengingatkan kepada semua untuk membuang sampah di tempat yang dikhaskan agar kawasan yang didiami bebas dari segala sampah, kotoran dan bau yang tidak diinginkan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Hotspot Sampah Longgok 2023

Program Ahli Majlis / JKP Zon

Program Ahli Majlis / JKP Zon

Program pengagihan 150 beg sekolah dan 150 paket beras organik kepada murid-murid sekolah telah diadakan pada 24 September 2023 bertempat di Dewan MPKK Kampung Melayu, Rawang. 

Program Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 15 ini merupakan anjuran kali ketiga dan telah diadakan secara tajaan bersama dengan Kelab Rotary Shah Alam. 

Tahniah kepada Puan Alice Choo Foong Thye, Ahli Majlis MPS dan JKP Zon 15 atas inisiatif program ini. Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah atau kurang berkemampuan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama

#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Program Ahli Majlis / JKP Zon 2023

Program Perkhemahan Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Peringkat Negeri 2023

Program Perkhemahan Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Peringkat Negeri 2023

Taman Rimba Bukit Lagong telah dijadikan Program Perkhemahan Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Peringkat Negeri Tahun 2023 telah diadakan pada 25 hingga 27 September 2023.

Program yang melibatkan seramai 80 orang peserta mewakili 19 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur adalah bertujuan bagi ujian kenaikan pangkat bagi setiap kadet yang terlibat. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini diadakan adalah ujian ikhtiar hidup, kecergasan dan kawad kaki.

Semoga kemudahan yang disediakan di Taman Rimba Bukit Lagong dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para kadet seterusnya maju dalam kerjaya, perkhidmatan dan bidang masing-masing.

#selayangkusayang

#mpssejahteramakmurbersama

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

Program Perkhemahan Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Peringkat Negeri 2023

Jualan Agro Madani

Jualan Agro Madani

Jualan Agro Madani anjuran ANULAE Cawangan MPS bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan pada 27 September 2023 di Pekarangan Tapak Parkir Menara MPS.

Pengunjung yang hadir pada program ini telah berpeluang menikmati jualan istimewa bagi produk Industri Kecil Sederhana (IKS), jualan buah bermusim dan pelbagai makanan.

YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Wan Mahmood bin Pa’ Wan Teh, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak dan Puan Ruzani Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS turut berkesempatan meninjau tapak-tapak jualan tersebut.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Jualan Agro Madani 2023