2023
Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL) Tahun 2023
Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL) Tahun 2023 telah diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2023. Empat sukan telah dipertandingkan bagi melihat semangat berpasukan dan kesukanan bagi setiap Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP) iaitu Bola Jaring, Futsal, Badminton dan Tenpin Boling. Berikut adalah keputusan bagi setiap sukan yang dipertandingkan.
Bola Jaring:
Johan: JKP Zon 19 (RM1,000)
Naib Johan: JKP Zon 9 (RM700)
Tempat Ketiga: JKP Zon 14 (RM500)
Futsal:
Johan: JKP Zon 4 (RM1,000)
Naib Johan: JKP Zon 12 (RM700)
Tempat Ketiga: JKP Zon 1 (RM500)
Badminton:
Johan: JKP Zon 12 (RM1,000)
Naib Johan: JKP Zon 19 (RM700)
Tempat Ketiga: JKP Zon 17 (RM500)
Tenpin Boling Berpasukan (Lelaki):
Johan: JKP Zon 4 (RM1,000)
Naib Johan: JKP Zon 9 (RM700)
Tempat Ketiga: JKP Zon 19 (RM500)
Tenpin Boling Berpasukan (Wanita):
Johan: JKP Zon 9 (RM1,000)
Naib Johan: JKP Zon 4 (RM700)
Tempat Ketiga: JKP Zon 12 (RM500)
SUKOMSEL 2023 telah ditamatkan dengan menobatkan JKP Zon 4 sebagai Johan keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta piala pusingan. JKP Zon 9 pula di tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM800 dan JKP Zon 19 di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM500. Selain itu, JKP Zon 10 juga telah menerima Anugerah Kontinjen Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300.
Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua JKP Zon yang menyertai SUKOMSEL 2023. Semoga usaha MPS menerusi SUKOMSEL ini akan terus menyatukan komuniti dan melahirkan individu yang sihat dan cergas.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Lawatan Penanda Aras ke Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
Seramai 28 kakitangan MPS yang diketuai oleh Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada 6 Oktober 2023.
Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan sesi perkongsian serta pelaksanaan dalam pengauditan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023. PPJ Tuan Azuan bin Adzhar dan PS Tuan Muhammad Nor Hisham bin Abd Rafar dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam telah turut serta dalam lawatan ini. Mesyuarat pada lawatan ini telah dipengerusikan oleh Encik Yusoff bin Husain, Setiausaha MBK dan taklimat pembentangan telah disampaikan oleh Cik Hajah Nurul Elya binti Ahmad Nasir selaku Ketua Seksyen Integriti.
MPS berharap lawatan kerja ini akan dapat memberi manfaat dan impak positif bagi kedua-dua pihak serta mempertingkatkan integriti ke tahap tertinggi dari semasa ke semasa.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik 2022-2025
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik 2022-2025 pada 25 hingga 27 September 2023 bertempat di Holiday Inn Hotel, Melaka.
Pelan Strategik MPS 2022-2025 merupakan panduan ke arah merealisasikan visi MPS sebagai Majlis Perbandaran Selayang Pemaju Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030.
Melalui Kajian Semula Pelan Strategik ini, MPS dapat memastikan penilaian dan pencapaian pelaksanaan program dan inisiatif MPS bagi tahun 2022 dan 2023 yang telah dirancang dapat dilaporkan secara rasminya supaya tindakan penambahbaikan secara berterusan boleh dilakukan. Bengkel selama tiga hari ini telah dipimpin oleh perunding dari Unit Permodenan Tadbiran dan Penerangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Puan Fariza binti Mohamad Farid.
YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS telah merasmikan Majlis Penutup Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik 2022-2025. Turut serta dalam bengkel ini adalah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, para pengarah dan wakil jabatan dalaman MPS.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Seminar Pengurusan Perhubungan Pelanggan Tahun 2023
Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengadakan Seminar Pengurusan Perhubungan Pelanggan Tahun 2023 yang telah diadakan pada 26 September 2023 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.
Seminar yang telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Lornie Enggong, TKP (TPP) MAMPU turut menjemput panel dari agensi kerajaan yang lain untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai pengurusan perhubungan pelanggan khususnya agensi barisan hadapan selain meningkatkan pemahaman berkenaan pengurusan perhubungan pelanggan.
Pasukan Khidmat Pelanggan dari MPS telah turut hadir ke seminar ini sebagai salah satu usaha meningkatkan perkhidmatan barisan hadapan di MPS.
Kredit gambar : MAMPU JPM
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Naib Johan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Daerah Gombak Tahun 2023
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Perarakan Majlis Perbandaran Selayang yang telah dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Kumpulan Perarakan Terbaik dan Sepanduk Terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul Daerah Gombak Tahun 2023.
Sambutan ini telah dirasmikan oleh YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Wan Mahmood bin Pa’ Wan Teh, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak pada 30 September 2023. Sebanyak 14 pasukan dari agensi kerajaan telah sama-sama berarak dari Pekarangan Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang ke Dewan Haji Wan Mahmood, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
Semoga sambutan ini menjadi penyatuan kita sesama umat Islam dalam mengingati cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama





















