Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2023

Sesi Kunjung Hormat Ketua Polis Daerah Gombak 2023

KUNJUNG HORMAT KETUA POLIS IPD GOMBAK KE MPS

YDH ACP Zainal Mohamed bin Hj. Mohamed, Ketua Polis Daerah Gombak telah mengadakan sesi kunjung hormat kepada YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS pada 12 Oktober 2023 bertempat di Pejabat Yang Dipertua.

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan dan memantapkan lagi hala tuju, sasaran dan pencapaian kedua pihak dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang.

Turut hadir wakil-wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan wakil-wakil dari jabatan dalaman MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

KUNJUNG HORMAT KETUA POLIS IPD GOMBAK KE MPS 2023

Taklimat Pertandingan Gerai Bersih Dan Cantik Seri Selera MPS

Taklimat Pertandingan Gerai Bersih Dan Cantik Seri Selera MPS

Seramai 19 penyewa telah hadir bagi sesi Taklimat Pertandingan Gerai Bersih dan Cantik Seri Selera MPS, Bandar Baru Selayang pada 9 Oktober 2023 bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.

Taklimat yang disampaikan oleh Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MPS memaklumkan tentang pertandingan yang bakal diadakan bermula pada 9 Oktober hingga 8 November 2023. Para penyewa juga diberi pencerahan tentang pematuhan kriteria permarkahan yang akan dinilai ketika sesi penjurian kelak. Hadiah yang ditawarkan bagi pertandingan ini adalah wang tunai sebanyak RM1,000 di tempat pertama, RM700 di tempat kedua dan RM500 di tempat ketiga.

MPS mengucapkan selamat maju jaya kepada penyewa yang akan menyertai pertandingan ini. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Taklimat Pertandingan Gerai Bersih Dan Cantik Seri Selera MPS 2023

Hari Sukan Tabika Kemas Batu 7, Gombak Di Taman Rimba Bukit Lagong

Hari Sukan Tabika Kemas Batu 7, Gombak Di Taman Rimba Bukit Lagong

Hari Sukan melibatkan para pelajar Tabika Kemas Batu 7, Gombak telah diadakan pada 8 Oktober 2023 bertempat di Taman Rimba Bukit Lagong. 

Seramai 60 pelajar Tabika Kemas telah menyertai aktiviti sukan seperti flying fox kanak-kanak, demonstrasi pemasangan khemah, mini jungle trekking dan rentas sungai. Ibu bapa dan guru kepada peserta juga telah turut hadir bagi memberikan sokongan.

Tahniah Tabika Kemas Batu 7, Gombak atas penganjuran Hari Sukan. Jelas terpancar raut wajah para pelajar amat gembira pada hari tersebut. Semoga program ini akan diteruskan lagi pada tahun berikutnya.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Hari Sukan Tabika Kemas Batu 7, Gombak Di Taman Rimba Bukit Lagong 2023

Kejohanan Tenpin Boling Sempena SUKOMSEL 2023

Kejohanan Tenpin Boling Sempena SUKOMSEL 2023

Sebagai tanda sokongan kepada setiap Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP), Ahli-Ahli Majlis MPS telah turut serta dalam Kejohanan Tenpin Boling sempena Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL) 2023 yang telah diadakan pada 8 Oktober 2023 bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall.

Tuan Anuar bin Jasmin, Ahli Majlis Zon 4 telah dinobatkan sebagai Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100, medal dan hamper. Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ahli Majlis Zon 14 di tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM80, medal dan hamper serta Tuan Wan Anwar bin Wan Ibrahim, Ahli Majlis Zon 11 di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM50, medal dan juga hamper. Keputusan ini juga telah menjadikan Tuan Anuar bin Jasmin menyandang gelaran Jatuhan Pin Tertinggi Individu kategori lelaki dan Puan P.Mariamm A/P S.Ponnusamy pula bagi kategori wanita.

Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS telah menyampaikan hadiah-hadiah bagi Kejohanan SUKOMSEL 2023. Tahniah dan terima kepada Ahli Majlis MPS yang memberikan komitmen terbaik sepanjang SUKOMSEL 2023 berlangsung.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Kejohanan Tenpin Boling Sempena SUKOMSEL 2023

Sesi Penerangan Di Pangsapuri Lily, Taman Rawang Perdana 2

Sesi Penerangan Di Pangsapuri Lily, Taman Rawang Perdana 2

Sesi Penerangan Lantikan Ejen Di Bawah Seksyen 86, Akta Pengurusan Strata 757 dan Sesi Dialog Bersama Penduduk telah diadakan pada 7 Oktober 2023 bertempat di Pangsapuri Lily, Taman Rawang Perdana 2.

Sesi ini diadakan bersama-sama dengan penduduk pangsapuri untuk membincangkan tentang ejen lantikan baharu dan yuran penyelenggaraan bagi pangsapuri tersebut. GWS Property Management Sdn. Bhd. telah dilantik berkuatkuasa 1 Oktober 2023 bagi menangani isu-isu berkaitan pangsapuri tersebut.

Pada sesi dialog ini juga, Puan Alice Choo Foong Thye, Ahli Majlis Zon 15 dan Tuan U Chin Ong, Ahli Majlis Zon 12 telah memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 bagi kerja-kerja membaikpulih pangsapuri tersebut. Usaha ini dilakukan agar penduduk memperoleh persekitaran yang bersih dan selamat untuk didiami.

Turut serta dalam sesi ini adalah Tuan Sr. Mohd Asraf bin Mat Yajid, Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Sesi Penerangan Di Pangsapuri Lily, Taman Rawang Perdana 2 2023