Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

PROGRAM PEMANTAPAN BANGUNAN KEDIAMAN BERSTRATA 2025

PROGRAM PEMANTAPAN BANGUNAN KEDIAMAN BERSTRATA  2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan Program Pemantapan Bangunan Kediaman Berstrata (Comprehensive Strata Management and Residential Training @ C-SMART) Tahun 2025 yang berlangsung dari 7 hingga 9 November 2025 bertempat di Bayview Hotel, Pulau Pinang.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Dr. Hanizan bin Sahib, Penolong Pengarah Kanan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Selangor.

Program anjuran bersama LPHS ini telah disertai oleh 20 skim kediaman berstrata di bawah pentadbiran MPS. Sepanjang program, delegasi MPS turut mengadakan kunjungan ke Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan lawatan ke skim strata di kawasan pentadbiran MBSP dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi tujuan perkongsian pengalaman serta amalan terbaik pengurusan berstrata.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini telah memberi pendedahan mendalam berkaitan peranan dan tanggungjawab badan pengurusan selain menjadi platform perkongsian ilmu serta jaringan strategik antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti strata.

MPS akan terus menyokong usaha memperkukuh tadbir urus komuniti berstrata melalui inisiatif latihan dan kerjasama strategik bersama agensi berkaitan demi kesejahteraan penduduk di bawah pentadbiran MPS.

MAKSAK GAMES 2025 – RAGBI 10’S (HARI KEDUA)

MAKSAK GAMES 2025 – RAGBI 10’S (HARI KEDUA)

Pasukan Ragbi MAKSAK Selangor meneruskan rentak cemerlang pada hari kedua Kejohanan MAKSAK Games 2025 apabila berjaya mencatat dua kemenangan bergaya menewaskan pasukan Negeri Sembilan 17–7 dan Kedah 25–5.

Kemenangan ini bukan sahaja mengekalkan rekod tanpa kalah Selangor dalam saingan Kumpulan A, malah mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan dan seterusnya mara ke peringkat suku akhir menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada hari ini (8 November 2025).

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berbangga dengan penglibatan atlet MPS yang turut menyumbang tenaga dan bakat dalam pasukan MAKSAK Selangor. Kejayaan ini mencerminkan semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin tinggi yang turut menjadi teras kecemerlangan dalam perkhidmatan MPS.

Semoga pasukan MAKSAK Selangor terus melakar kejayaan dan membawa nama Selangor ke pentas akhir dengan penuh semangat juang!

MAKSAK GAMES 2025 - RAGBI 10’s

MAKSAK Games 2025 – Ragbi 10’s

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merakamkan ucapan tahniah kepada Pasukan Ragbi MAKSAK Selangor yang memulakan saingan hari pertama dengan kejayaan apabila menewaskan pasukan Ragbi MAKSAK Penjara dengan keputusan 22–0 pada peringkat kumpulan.

Turut membanggakaan apabila salah seorang atlet Pasukan Ragbi MPS, Mohd Firdaus bin Abdul Manan dari Jabatan Kejuruteraan, menjadi sebahagian daripada ahli pasukan ragbi Selangor yang beraksi cemerlang dalam kejohanan MAKSAK Games 2025 – Ragbi 10’s.

MPS sentiasa menyokong penglibatan warga kerja dalam bidang sukan sebagai usaha memperkukuh semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan di peringkat organisasi serta antara agensi kerajaan.

Perlawanan diteruskan pada hari ini yang menyaksikan pasukan Selangor menentang Negeri Sembilan. Semoga pasukan terus mengekalkan momentum kemenangan dan membawa nama negeri Selangor ke peringkat seterusnya! 

MAJLIS APRESIASI MPS BERSAMA PASUKAN ANGKAT MAKSAK NEGERI SELANGOR 2025

TURUN PADANG BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI MPS

TURUN PADANG BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Sesi Turun Padang Bersama Pengurusan Tertinggi di kawasan Wangsa Permai dan Bandar Tasik Puteri pada 6 November 2025.

Program ini turut disertai oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; YB Puan Pei Ling, ADN Bukit Lanjan; Tuan Cheong Heng Wai, Ahli Majlis Zon 23; serta pegawai daripada pelbagai jabatan termasuk Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Bangunan, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Korporat.

Pelaksanaan turun padang ini bertujuan untuk meninjau kawasan di sekitar Wangsa Permai dan Bandar Tasik Puteri berdasarkan aduan dan isu berbangkit yang diterima MPS serta menilai keperluan tindakan penambahbaikan bagi kesejahteraan penduduk setempat.

Lokasi yang dilawati termasuk:

  • Gerai MPS Desa Aman Puri Jalan 18 – perbincangan projek naik taraf gerai.

  • Padang Taman Wangsa Permai, Fasa 2 – perbincangan isu banjir di kawasan padang.

  • Jalan Persiaran KIP 2 – tinjauan projek pelebaran jalan.

  • Laluan Persiaran Perdana – semakan kerja naik taraf laluan pejalan kaki dan perbincangan mengenai Projek Dewan Terbuka Desa Aman.

  • Masjid Bandar Tasik Puteri - isu pembukaan jalan pintas dan masalah infra.

  • Projek Dewan Bandar Tasik Puteri - meninjau perkembangan pembinaan projek dewan.

Program ini memberi ruang kepada pihak pengurusan tertinggi dan jabatan teknikal MPS untuk melihat sendiri keadaan di lapangan serta memperkukuh tindakan susulan yang lebih berkesan demi manfaat komuniti setempat.

MPS SERTAI DELEGASI SELANGOR KE PAMERAN CIIE 2025 DI SHANGHAI, CHINA

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS) SERTAI DELEGASI SELANGOR KE PAMERAN CIIE 2025 DI SHANGHAI, CHINA

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyertai Delegasi Selangor bagi Program Pemerkasaan Usahawan Selangor dan Penyertaan MIHAS@Shanghai 2025, bersempena China International Import Expo (CIIE) 2025 yang berlangsung di National Exhibition and Convention Centre (NECC), Shanghai, China.

Delegasi ini diketuai oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Keusahawanan Negeri Selangor, dengan penyertaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri. Melalui inisiatif yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) bersama Kerajaan Negeri Selangor, platform ini menjadi peluang kepada usahawan daerah untuk memperkenalkan produk tempatan ke pasaran antarabangsa.

MPS turut menampilkan usahawan daerah, Infinity Venture Marketing, dengan produk minuman Buxembelle Drinks Special Edition (Botanical Beverage – Dates Honeydew Flavour).

Turut sama dalam delegasi ini ialah Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua; serta Tuan Haji Mohd Syukri bin Abdullah Zawawi, Pengarah Jabatan Perlesenan merangkap Pegawai Perhubungan Usahawan yang turut menyelia penyediaan reruai dan susunan produk pameran.

Penyertaan MPS dalam program berprestij ini bukan sahaja memperkukuh peranan majlis dalam memperkasa usahawan tempatan, tetapi juga menjadi bukti komitmen MPS dalam mempromosikan kecemerlangan produk dan perkhidmatan daerah Selayang di peringkat global.

MPS SANTUNI KOMUNITI SELAYANG MELALUI PROGRAM KESIHATAN WARGA EMAS NEGERI SELANGOR 2025

MPS SANTUNI KOMUNITI SELAYANG MELALUI PROGRAM KESIHATAN WARGA EMAS NEGERI SELANGOR 2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama BeVital, telah menunjukkan komitmen terhadap kebajikan warga emas melalui Program Kesihatan Warga Emas Negeri Selangor 2025 yang telah diadakan pada 31 Mei 2025 di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, yang turut meluangkan masa melawat reruai-reruai pameran serta menyantuni warga emas.

Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Puan Jamaliah binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Turut memeriahkan majlis ialah YBrs. Dr. Ahmad Munawwar Helmi bin Salim, Ketua Projek Saringan Kesihatan Warga Emas Negeri Selangor 2025 merangkap Pengasas BeVital, dan YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin.

Turut hadir ke majlis ini ialah Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Orang Besar Daerah Gombak, dan YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, bersama barisan Ahli Majlis serta pengarah-pengarah jabatan MPS.

Majlis dimulakan dengan sesi ramah mesra dan walkabout bersama warga emas, diikuti dengan gimik perasmian, cabutan bertuah, penyampaian cenderahati serta sesi bergambar bersama para tetamu dan peserta program.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan warga emas sentiasa terpelihara, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

MPS SANTUNI KOMUNITI SELAYANG MELALUI PROGRAM KESIHATAN WARGA EMAS NEGERI SELANGOR 2025

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program MyLesen B2 Tahun 2025 Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung pada 31 Mei 2025 di Dewan Sri Siantan, Selayang.

Program MyLesen B2 ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa golongan kurang berkemampuan, khususnya pelajar sekolah/ institusi pengadian dan belia, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma sebagai persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan dan mempertingkat keselamatan jalan raya.

Majlis inj telah dihadiri dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam mempermudah akses rakyat untuk mendapatkan lesen motosikal, termasuk menyediakan bantuan khas kepada golongan berpendapatan rendah.

Seramai 1,200 calon terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, serta orang awam telah berjaya menamatkan program ini dan menerima sijil penghargaan masing-masing.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah JPJ Malaysia; Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras DUN Gombak Setia; Tuan Deveandran a/l Selvaraju, Ahli Majlis MPS Zon 7; Tuan Mohammad Faizal bin Ismail, Ahli Majlis MPS Zon 8; Tuan Muhammad Husaini bin Mohd Yunos, Ahli Majlis MPS Zon 6; serta wakil-wakil agensi kerajaan di Selangor.

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH MPS KEUTAMAAN TERHADAP KESELAMATAN & PROFESIONALISME

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH MPS KEUTAMAAN TERHADAP KESELAMATAN & PROFESIONALISME

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah khusus untuk semua pemandu jabatan sebagai usaha meningkatkan keselamatan, kecekapan dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

Kursus ini dijalankan dalam dua siri:

  • Siri 1: 23–24 Mei 2025 | 59 peserta

  • Siri 2: 30–31 Mei 2025 | 37 peserta

Program yang diadakan di Bilik Keraian dan Pekarangan Tempat Letak Kenderaan ini dibimbing oleh pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), En. Mohd Syafiq bin Abdul Rahman, En. Khairul Rusdy bin Jamaluddin serta wakil konsultan yang dilantik menyediakan sesi latihan berbentuk teori dan praktikal.

Objektif utama kursus:

• Meningkatkan kefahaman undang-undang jalan raya

• Memupuk amalan pemanduan selamat dan berhemah

• Menambah baik kemahiran pengurusan risiko semasa memandu

• Mewujudkan budaya kerja selamat dalam kalangan pemandu MPS

Terima kasih kepada semua peserta serta urus setia Bahagian Latihan & Kompetensi MPS atas kerjasama dan kelancaran penganjuran. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam tugasan harian demi keselamatan dan melahirkan pemandu yang cekap dalam pemanduan secara berterusan.

KARNIVAL CERIA SELANGOR 2025 DISAMBUT MERIAH DENGAN KEHADIRAN KOMUNITI SEKITAR SELAYANG

KARNIVAL CERIA SELANGOR 2025 DISAMBUT MERIAH DENGAN KEHADIRAN KOMUNITI SEKITAR SELAYANG

Program Karnival Ceria Selangor 2025 anjuran YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat merangkap ADN Taman Templer telah berlangsung dengan meriah di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang dalam suasana yang cukup harmoni.

Program ini menampilkan pelbagai aktiviti yang memberi fokus kepada isu pemberdayaan wanita, sokongan kepada keluarga serta pembangunan komuniti.

Antara aktiviti yang diadakan adalah acara Larian Kasih Ibu, pementasan teater bertajuk “Bunga Untuk Kemboja” sempena pelancaran Kempen Menentang Keganasan Berasaskan Gender oleh Not A Production, sesi Career Comeback Program dan aktiviti-aktiviti sampingan yang lain.

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor telah merasmikan program ini sekali gus menyempurnakan Pelancaran Khairat Darul Ehsan (KDE). Beliau dalam ucapannya turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam membela nasib golongan yang kurang berkemampuan melalui pendekatan bersasar dan menyeluruh, termasuk inisiatif KDE yang memberi jaminan sokongan kewangan kepada waris sekiranya berlaku kematian.

Di samping itu, turut diadakan pelancaran Sukarelawan Wanita Berdaya Selangor (WBS), penyerahan bantuan khas melalui program ANIS, IMPAK dan WCaRe serta penyampaian Anugerah Inspirasi Ibu sebagai pengiktirafan kepada wanita yang berjasa dalam komuniti.

Turut hadir dalam karnival ini, Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MPS.

MPS turut mengambil bahagian dalam pameran reruai dengan membuka Kaunter Aduan dan Kaunter Bayaran Bergerak MPS dalam karnival ini.

KARNIVAL CERIA SELANGOR 2025 DISAMBUT MERIAH DENGAN KEHADIRAN KOMUNITI SEKITAR SELAYANG 2025

PROGRAM ZIARAH CERIA BERSAMA KOMUNITI DAN PENYAMPAIAN PLAK TASKA BERDAFTAR JKM

PROGRAM ZIARAH CERIA BERSAMA KOMUNITI DAN PENYAMPAIAN PLAK TASKA BERDAFTAR JKM

Hari ini, YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, telah turun padang untuk Program Ziarah Ceria dengan menyantuni komuniti memerlukan sekitar Selayang.

Seramai 5 penerima bantuan termasuk warga emas, ibu tunggal, dan keluarga berkeperluan telah disantuni menerusi penyerahan Kit Ziarah Kasih serta bantuan segera.

Pada program ini, YB Anfaal telah turut membuat penyampaian plak penghargaan kepada 13 pemilik taska berdaftar di Taska An Naurah Child Care Centre dan Taska Fantasi Bidara – atas pematuhan piawaian JKM dan komitmen terhadap penjagaan awal kanak-kanak.

Turut hadir sama pada program ini, Tuan Haji Azhar bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; Tuan Haji Azmir, Pengarah JKM Negeri Selangor; dan Tuan Haji Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS Zon 10.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan dalam memastikan tiada yang terpinggir dari segi kesejahteraan dan sokongan komuniti.

…

Progran ini juga merupakan kesinambungan kepada inisiatif Ziarah Kasih yang telah dilaksanakan oleh YB Puan Anfaal sebelum ini sebagaia usaha berterusan menyantuni rakyat yang memerlukan.

Program Ziarah Ceria kali ini diadakan sebagai pembuka tirai sempena Karnival Ceria Selangor yang bakal berlangsung pada 31 Mei 2025 (Sabtu) di dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga untuk memeriahkan karnival ini dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.